Ni yang menyampas ni..macam minggu lepas tak de satu pun cerita best nak di nonton...tup-tup minggu ni banyak pulak cerita best yang mesti di tonton.. tension betullah...kita bukan ada banyak masa pun nak menghadap wayang jer kan?? tapi..sebagai seorang kaki wayang yang tegar..akan cuba juga untuk menonton cerita-cerita di bawah....Sorry to say...Speaker bukan seorang yang suka menonton cerita atau mendownlod cerita dari internet yea...suka lagi menonton dalam panggung besar...lantaklah kalau ada yang kata old faysion....
Hemmm...ni kena pujuk En. Suami ni...Sayang..boleh tak kita tengok semua cerita ni dalam minggu ni??? Mau kena pelempang manja sedasss...he..he...
Sekian...
Memaparkan catatan dengan label Wayang.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wayang.... Papar semua catatan
Isnin, 21 Februari 2011
Isnin, 12 Julai 2010
Movie : Despicable me
Semalam tengok cerita ni dgn En. Zahirudin kat Wangsa Walk...cerita kelakar seperti biasa dan yang tak bestnya adalah reger tiket yang melampau mahalnya...tahulah 3D..tapi untuk 2 orang RM44 hinggit..giler mahal kan??? tapi nak buat macam mana..duduk kat couple sit kot...tu yang mahal tu..ajak en. zahirudin menonton twilight : eclipse..dia tak nak...dia kata malas lah nak tengok pontianak dan serigala....hem..sabo jerlah.....
Cerita ni memang sesuai untuk kekanak dan orang tua..full house tu semalam...tapi masa tayangannya sekejap sangat..1 jam setengah jer... tapi 3Dnyer memang mengancam..semua watak berada depan mata...terutama mahluk-mahluk comel kat gambar ni... dahlah bahasa mereka kurang difahami..main faham-faham sendiri jer....
Sekian....
Selasa, 22 Jun 2010
Movie : Sex and the City...
Semalam telah meronta-ronta memujuk En. Zahirudin untuk menonton cerita ni..memula dia tak nak...tapi lepas di rasuah dengan membeli sepasang kasut Lumberjack yang berharga RM200 ++, terus cair...dari Mid Valley kami teruskan perjalanan ke Wangsa Walk..sebab senang habis wayang En. Zahirudin boleh terus memecut ke Danau Kota untuk berniaga....tapi dia akan lambat sikitlah...he..he...
Pada Speaker SATC kali ni...ceritanya agak senang dan simple..kisah 4 orang sahabat yang mempunyai masalah memasing. Watak utama dah tentu si Carrie yang telah berkahwin dengan Bing selama 2 tahun. Tetapi masing-masing masih cuba untuk menyesuaikan diri kerana mereka telah berjanji hanya nak sehidup semati berdua sahaja dan tak mahu anak langsung.... Agak struggle jugaklah mereka nak menceriakan perkahwinan mereka...dan akhirnya mereka berjaya mengatasinya....
Kemudian si Samantha pulak..di seksi yang terasa bahang Monoposnya diusia 52 tahun..tapi tak nak mengalah langsung dgn orang muda...mempunyai nafsu untuk seks yang tinggi dan kali ini dia menghadapi masalah sendiri di Abu Dhabi, Dubai. Tapi dia memang penariklah dalam cerita ni...Speaker sendiri amat mengagumi cara percakapan beliau yang bersahaja tapi seksi.....
Miranda pulak di peguam yang bersuara lantang yang menghadapi masalah di tempat kerja dan akhirnya beliau telah membuka syarikat guamannya sendiri yang mana suara dan pendapat beliau diterima oleh orang lain.
Charlotte pulak (eh..eh..betul kan nama dia ..) menghadapi dilema dgn 2 orang anak perempuan dia yang masih kecil dan asyik menangis sahaja...dia juga menghadapi masalah dgn baby sitter nya yang seksi (kerana tak suka pakai bra)...takut suaminya digoda bagai..tapi akhirnya baby sitter dia sebenarnya seorang lesbian....
Buat mereka yang nak menonton cerita ni silakan...tapi Speaker nak ingatkan cerita ni makan masa 2 jam setengah...dan naik kematu dah montot...tapi kalau anda kipas-kipas susah mati drama ni (setiap Isnin kat HBO ada)..jangan lepaskan peluang.....

Isnin, 10 Mei 2010
Yahoo...sukanya saya...
Sebab suker kerana di Wangsa Walk..panggung wayang dah di buka..walau pun tak berapa minat dgn TGV..tapi bolehlah dari takde langsung...mula-mula gi macam tak minat sangat..bila dah masuk..perhhh..best..kerusinya luas..dan lapang..so buat kita-kita yang kaki panjang ni..memang selesalah...
yang best..couple sit baru RM16 hinggit jer..sama rege dgn kerusi-kerusi biasa..tapi speaker rasa tak lama kot..sebab masih dalam promosi lagi ni..lepas ni harga mesti macam TGV yang lain punya... kesimpulannya tiker beharga RM8 sahaja..pergilah menonton disana...
Lagi satu yang best..wangsa walk ni adalah terlalu dekat dgn umah..rasanya kalau takde kerja..boleh jalan kaki jer ke sana...
Sekian...
Khamis, 21 Januari 2010
"Adnan Sempit"...
Semalam menonton cerita ni dgn En. Zahirudin di Mid Valley...Cerita terbaik dari Ahmad Idham..Cerita seorang mat despatch yang jatuh cinta dgn boss sendiri dan kisah-kisah nakal yang di lakukan oleh beliau dan rakannya Bobby...
Cerita memang kelakar dari awal sehingga akhir dan ada satu babak seram pun jadi kelakar dgn lakonan mantap Sam dan Along (raja lawak)... Angah (raja lawak) juga merupakan seorang pelakon extra yang berjaya mencuit hati setiap kali kemunculannya...
Bagi Speaker 3.9 bintang diberi dari 4 bintang kerana jalan cerita yang simple, boleh jangka dah siapa penjahat..dan kejap sangat...untuk bahagian lain..memang best cerita ni...
Antara perkataan yang telah ditukar oleh "Nan" adalah seperti berikut:-
a) Cikaro = awek / wanita
b) Pakcik-pakcik = Dato'
c) Disposal = Proposal
dan trademark beliau adalah.."di mana ada kemahuan..di situ ada HIGHWAY"....satu lagi adalah..."walaupun saya ni nampak garang / ganas di luar..tapi...dalam hati ada TAMAN...ha..ha... mamat jiwang...
Nota : Babak pertama dah ada adegan seksi di mana..gambar kaki Sam telah difokuskan dari paras buku lali ke paras atas betis sehingga nak nampak..tut..tut...he..he.. tapi tak lah nampak...saja jer mereka fokus ke bahagian terhampir...hem..paham tak ni...kalau tak paham..tengok jer lah cerita ni....
SEKIAN....
Langgan:
Catatan (Atom)