Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Khamis, 21 Januari 2010

"Adnan Sempit"...



Semalam menonton cerita ni dgn En. Zahirudin di Mid Valley...Cerita terbaik dari Ahmad Idham..Cerita seorang mat despatch yang jatuh cinta dgn boss sendiri dan kisah-kisah nakal yang di lakukan oleh beliau dan rakannya Bobby...

Cerita memang kelakar dari awal sehingga akhir dan ada satu babak seram pun jadi kelakar dgn lakonan mantap Sam dan Along (raja lawak)... Angah (raja lawak) juga merupakan seorang pelakon extra yang berjaya mencuit hati setiap kali kemunculannya...

Bagi Speaker 3.9 bintang diberi dari 4 bintang kerana jalan cerita yang simple, boleh jangka dah siapa penjahat..dan kejap sangat...untuk bahagian lain..memang best cerita ni...

Antara perkataan yang telah ditukar oleh "Nan" adalah seperti berikut:-

a) Cikaro = awek / wanita
 b) Pakcik-pakcik = Dato'
c) Disposal = Proposal

dan trademark beliau adalah.."di mana ada kemahuan..di situ ada HIGHWAY"....satu lagi adalah..."walaupun saya ni nampak garang / ganas di luar..tapi...dalam hati ada TAMAN...ha..ha... mamat jiwang...

Nota : Babak pertama dah ada adegan seksi di mana..gambar kaki Sam telah difokuskan dari paras buku lali ke paras atas betis sehingga nak nampak..tut..tut...he..he.. tapi tak lah nampak...saja jer mereka fokus ke bahagian terhampir...hem..paham tak ni...kalau tak paham..tengok jer lah cerita ni....

SEKIAN....

Tiada ulasan: