Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Selasa, 2 September 2014

The Everly Hotel, Putrajaya - Part 1 - The Bilik

Assalamualaikum..hari ni kita nak story pasal hotel yang kita duduk 2 hari 1 malam...saja jer hari tu booking hotel sempena hari merdeka..tapi seperti biasa check in akan lambat sebab tunggu en suami balik kerja dulu pukul 3.00 petang..lepas tu baru bertolak...dari Wangsa Maju ke Putrajaya kejap sangat kot....tetambah ikut highway..lagi lah takde jem segala....

Kalau ikutkan alamat..memang hotel ni sebelah jer dengan Shopping Mall Alamanda..so berdasakan itu..main redah jer ke Putrajaya..tertampang kat jalan2 sekitar putrajaya nama Hotel ni..so memang tak akan sesat kot...mari kita check out the rupa paras bilik...oh..by the way..waktu kiraorang datang sini..parking masih free lagi.

 
Hotel ni Speaker booked melalui website jer..harga memang murah dan berpatutan...

Tengok ini budak..belum apa2 dia dah melompat dah dari 1 katil ke katil lagi satu...by theway..bilik kitaorang hari tu bernombor 1105 bermaksud tingkat 11 nombor 5. Bila check in kami diberi 2 pass excess masuk bilik dan perlu diingatkan bila hendak naik ke tingkat bilik..anda perlu menggunakan kad excess ketika masuk dalam lif. Kalau tidak..anda akan dok jerlah kat level G sampai bila2. bagus kan?? Maknanya bukan penghuni tak leh sesukahati nak guna lif..he he..

 Dalam bilik kami juga terdapat sofa yang boleh digunakan untuk baring..dan kalau baring kat sini akan sejuk giler sebab air con memang menghala ke sini sahaja...adalah rasa sipi2 air con kat bahagian lain..tapi kat sini memang super sejuk...


Sila abaikan en suami saya..kita tangkap gambar ni nak snap gambar flat screen tu dan cermin yang besar sebelah tu..ruangan nak letak beg kecik2 pun ada disediakan...senang..campak jer semua kat situ...

Seperti biasa...ni mesti ada..dan speaker biasanya akan bawa jug minuman dan nescafe serta gula kiub sendiri...senang..bancuh banyak2....

 
Ada lagi ruangan laci kat sini...

Buat kaum hawa..jangan risau..tak perlu nak bawa iron bagai..memang disediakan di setiap bilik..i like..

Sejadah dan arah kiblat juga tersedia...suka jer...

Peti ais comel jer..no hal..memang biasa pun besar2 ni jer kan??

Peti simpanan..suka kalau hotel ada ni...

Ok..ni nak tangkap gambar bantal jer..dan bilik ni penuh dgn bantal cecomel ni..(sila ambil kat sofa)..

Ni pulak nak snap gambar lukisan tu...cute jer...

Bahagian penting...memang bersih jer dan tak de basah lantai ok..

Kesemua peralatan seperti berus gigi, shaver, sikat, cotton but, shampoo, conditioner dan bath gel ada disediakan..so bawak benda lain selain itu sahaja...

Ohh..suka jer bila tandas ada paip kat tepi tu..nak buat apa2 pun senang...

Ni permandangan dari bilik kami di tingkat 11.. cantik kan??

Sayup ke bawah...

Ni kat tepi bangunan hotel pulak...

Sampai ke sudah tak melawat jambatan kat bawah tu...

 
Ohhh...syukur dengan nikmatmu Allah...
 
Sekian..

Tiada ulasan: