Semalam telah meronta-ronta memujuk En. Zahirudin untuk menonton cerita ni..memula dia tak nak...tapi lepas di rasuah dengan membeli sepasang kasut Lumberjack yang berharga RM200 ++, terus cair...dari Mid Valley kami teruskan perjalanan ke Wangsa Walk..sebab senang habis wayang En. Zahirudin boleh terus memecut ke Danau Kota untuk berniaga....tapi dia akan lambat sikitlah...he..he...
Pada Speaker SATC kali ni...ceritanya agak senang dan simple..kisah 4 orang sahabat yang mempunyai masalah memasing. Watak utama dah tentu si Carrie yang telah berkahwin dengan Bing selama 2 tahun. Tetapi masing-masing masih cuba untuk menyesuaikan diri kerana mereka telah berjanji hanya nak sehidup semati berdua sahaja dan tak mahu anak langsung.... Agak struggle jugaklah mereka nak menceriakan perkahwinan mereka...dan akhirnya mereka berjaya mengatasinya....
Kemudian si Samantha pulak..di seksi yang terasa bahang Monoposnya diusia 52 tahun..tapi tak nak mengalah langsung dgn orang muda...mempunyai nafsu untuk seks yang tinggi dan kali ini dia menghadapi masalah sendiri di Abu Dhabi, Dubai. Tapi dia memang penariklah dalam cerita ni...Speaker sendiri amat mengagumi cara percakapan beliau yang bersahaja tapi seksi.....
Miranda pulak di peguam yang bersuara lantang yang menghadapi masalah di tempat kerja dan akhirnya beliau telah membuka syarikat guamannya sendiri yang mana suara dan pendapat beliau diterima oleh orang lain.
Charlotte pulak (eh..eh..betul kan nama dia ..) menghadapi dilema dgn 2 orang anak perempuan dia yang masih kecil dan asyik menangis sahaja...dia juga menghadapi masalah dgn baby sitter nya yang seksi (kerana tak suka pakai bra)...takut suaminya digoda bagai..tapi akhirnya baby sitter dia sebenarnya seorang lesbian....
Buat mereka yang nak menonton cerita ni silakan...tapi Speaker nak ingatkan cerita ni makan masa 2 jam setengah...dan naik kematu dah montot...tapi kalau anda kipas-kipas susah mati drama ni (setiap Isnin kat HBO ada)..jangan lepaskan peluang.....
Sekian....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan