hai you allzzz...ok kali ni nak cerita skit pasal percutian hujung tahun bersama En Suami dan Anak...memang setiap tahun Speaker akan memperuntukkan sejumlah wang untuk bawa keluarga bercuti..bukan tak pergi bercuti hari lain..tapi hujung tahun istimewa sikit..ialah ada duit lebih....alhamdulillah...
Ok berbalik kepada cerita Grand Lexis ni...memang tak dinafikan harga semalam sahaja sudah hampir mencecah RM1,000...tetambah pulak sewaktu cuti sekolah dan perayaan...tapi itu bukan masalahnya...yang penting kualiti time bersama keluarga...bukan senang Rizqi nak tengok mamanya ada jer kat umah dalam masa 2 minggu..he..he..cerita banyak pun tak guna..tengok jerlah...
Bilik kami ni ada 2 katil bersaiz KING..di ulang semula ..KING ok..bapak besar..tetambah kami cantumkan 2 katil ni..lagilah besar giler jadinya...kami pilih Garden Pool Villa..yang mana didepan pintu ada lah sikit gegardennya...ada yang berada tingkat atas dan ada yang berada dalam apartment...so boleh pilih dan setiap unit mempunyai harga yang berbeza.....
Antara barangan dan aktiviti yang boleh didapati di sini....
Ni sewaktu Speaker takde kerja...sebab bilik lambat siap...so kitaorang dapat extra 2 jam untuk check out nanti...sebab apa lambat..sebabnya mereka nak pastikan air dalam pool betul2 bersih..ialah sebelum tu kan ada orang lain yang menginap..so taknaklah customer lain complaint kan...
Pokok yang di hias cantik sempena hari natal...
Antara kopi/tea yang diberikan percuma...
Ruangan penyimpanan barang yang luas yang terletak di dalam bilik air...
Suasana di dalam bilik persalinan merangkap bilik air..tandas dan tempat mandi berasingan...semua barangan kegunaan harian macam berus gigi, shaver, lotion semua ada..tak yah bawak dari rumah...
Kat sini ada microwave...mangkuk dan sudu pun ada...boleh masak air jugak....peti ais ada bawah tv...
Teng..teng..teng...ni lah acara yang ditunggu-tunggu..berenang tanpa rasa segan dan silu...
Tengok2 ini budak..dah tak sempat nak pakai baju renang dah..terus dia masuk dalam...air takdelah dalam mana pun..untuk orang dewasalah..untuk kekanak masih dalam lagi...pelampung tu memang ada disediakan..keras giler...heh heh..
Kalau bawa anak2 kecil tak perlu risau..pintu untuk ke kolam tu boleh diselak dari atas dan memang selamat...disebalik pintu ke kolam renang tu...disediakan pula basikal senaman ni....aiseh..baru nak pecahkan diet..dah kena bersenam pulak....
2 beranak sedang santai sambil melayan you tube...wifi dalam setiap bilik mempunyai password yang berbeza...wifi adalah laju giler okey...tu..tu..bawah tv tulah peti aisnya..ada disediakan air tin soya dan coke...tapi tak perlulah ambil sebab diorang charge RM5 hinggit satu tin..kalau nak beli jerlah kat luar..baru berapa ringgit jer kan....
Lagi gambar basikal senaman dan pintu masuk....
Pemandangan untuk mereka yang menginap di apartment...pun ada pool jugak..
Ni waktu sarapan pagi..bagi segala jenis masakan telur..gerai ada kat luar..kat dalam macam biasa..nasi lemak, mee goreng, makanan orang putih, jus yang banyak giler dan macam2...kalau anda kaki makan..memang berbaloi..
Ni voucher sarapan pagi...
Disediakan bag kitar semula...dulu warna cokelat..sekarang warna merah..cantik...
Letak kereta dan bilik kami adalah sedepa cuma...bukak tingkap dah nampak kereta kami..nak naik buggy pun segan...sebab dah ada pool dalam bilik..pool umum dipandang sepi jer..walaupun ada playground dalam kolam itu...Rizqi pun tak berminat jer nak main..dalam bilik lagi best agaknya...
En Suami amatlah suka hati beliau..berendam jer tak kira waktu...Speaker?? Tak berapa sangat berendamnya..sebab..huk..huk....tak yahlah cerita kan?? Hal wanita...
So sesiapa nak bermalam disini..silalah yea...4.5 bintang dari 5 bintang penuh...0.5 tu sebab bilik lambat siap..kalau tak mesti dah dapat 5 bintang...oh ya..welcoming drink mereka amatlah sedap dan segar..
Sekian.
2 ulasan:
dapat baucer sarapan untuk 2 dewasa saja ke lebih ye? kalau dapat 2 je, berapa harga tambahan untuk budak2?
terima kasih
baucer sarapan memang dapat 2 jer. Macam anak saya berusia 4 tahun boleh jer masuk free.pasal harga untuk budak2 tu saya tak pasti. boleh hubungi pihak hotel untuk lebih jelas. tq
Catat Ulasan