Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Rabu, 23 Mac 2016

Kidzania - Keseronokan buat anak tersayang - PART 3

Hai hai hai...ok kita sambung PART 3 pulak...

Tengok2..teruja bebudak ni masing2 bila dapat buat vitagen sendiri..kalau nak tahu..diorang yang pakai baju pink hitam tu lah yang akan tangkap gambar bebudak ni sorang2 untuk setiap aktiviti...


Dah habis buat air..lepas tu nak kerja kontraktor pulak...kat bahagian ni ada 3 aktiviti boleh buat..semua dapat gaji...kontraktor..cat dinding dan lap cermin..semua Rizqi buat....
 

Lepas tu dia nak mewarna pulak..silakan...

Dapatlah pensil dan pemadam dan kerja yang kita buat..

lepas tu naik pulak tingkat atas...eh vitagen tadi pun tingkat atas jugak...turun naik..turun naik..penat.
Ni diorang tunjuk nak buat sabun..keluar jer terus wangi tangan bebudak ni...

Semua duit gaji dia bagi mama..kan dah banyak tu...

Lepas tu dia nak jadi  pilot pulak..lantakkan sana..tapi memang heran..bebudak ramai..tapi takde kena tunggu lama...

Ke sini pulak...


Comel jer pakai baju seragam SIEMENS...


Nak jadi pembaca beritalah..wartawanlah..semua dia buat..kecuali jurumake up dia tak nak..ha ha
 


Ni waktu nak buat air Spritzer..kena bayar sebab nanti dapat sebotol air katanya...tengok-tengok..asal beratur jer dapat no satu...memang lucky day dia...

Dah tak sabor benar nak masuk...

Ha..macam nilah keterangan yang akan ditampal di setiap pintu masuk sesuatu aktiviti...

Yang ni pintu untuk bebudak buat show pukul 3.00 petang


Eh..eh..terlibat jugak budak ni rupanya...buatlah nak..asal bahagia..terasa dah diri tua sangat bila anak dah pandai berdikari macam ni...semua dia buat sendiri..sobss..sobsss...
 

Sementara menunggu anak berlatih dan bersiap..kami berdua turun ke bawah sebab nak tengok show...kat sini kalau nak jadi pelakon dan ahli silap mata pun boleh...


 Ha..dah ready dah nak buat show...
 
 
habis show kitaorang masuk sini tengok bebudak buat silap mata..kelakar jer..movie pun ada tau..tapi ada masa tertentu...
 

Dah habis show tetiba dia nampak ni ha...nak pulak jadi secret agent...seronok jer tengok diorang buat aksi dari screen kat tepi pintu..memang macam latihan secret agent betul..berpeluh2 semua bila keluar..tapi semua happy...


Fakta mengenai secret agents....
 
Ok..tamatlah sudah keriangan yang dirasai oleh Rizqi...ada juga yang tiada gambar yang sempat Speaker ambil tapi telah dibuat oleh Rizqi...antaranya ialah..bekerja di syarikat suratkhabar, jadi CSI, Posmen, Hakim, Polis, Ahli sains, mekanik, TM,  buat Mc Donald, Kitar semula..LHDN, doktor gigi..dan banyak lagi..memang kami datang seawal 9.30 pagi dan nak tahu kitaorng keluar pukul berapa?? 6.30 petang ok..lagi setengah jam nak tutup...mujur tandas..surau dan cafe ada dalam tu..kot tak memang susahlah...dan selepas penat bekerja..tahu apa yang jadi pada Rizqi??
 
Jadi macam ni..tergolek terus bila masuk dalam kereta..takde bunyi..bila sedar2 dia dah tidur...kejut makan pun tak nak...bila sampai umah paksa dia mandi dan tidur..esoknya pukul 12 tengahari baru bangun..syabasssss....
 
*** Gambar anak2 boleh dibeli dengan RM30 sekeping..bayangkan berapa banyak Rizqi buat aktiviti..tapi kami taklah beli semua..beli yang berkenan sahaja...
 
Sekian.



Selasa, 22 Mac 2016

Kidzania - Keseronokan buat anak tersayang - PART 2

Mari..kita bersambung bahagian 2 pulak...




Sebijik kan rupa macam stesen minyak...antara aktiviti kegemaran Rizqi...cara2 isi minyak dan kena isikan minyak kereta pelanggan...lepas tu dapat gaji...suka suka...
 

Ni tempat kebakaran akan berlaku..he he...kalau nak tahu macamana..kenalah jadi bomba...

Ni pintu masuk kalau nak jadi bomba...tapi awass..bukan boleh masuk terus..kekanak dikehendaki untuk menunggu diruang yang disediakan dan akan diberikan nombor giliran...selalunya satu sessi akan melibatkan 5 - 10 orang kanak2 dan 20 minit setiap aktiviti...

Seronok bebudak dapat naik kenderaan bomba ni...bergerak tau...habis satu Kidzania ni diorang pergi semata2 nak padamkan api...padalah sebelah jer..he he

Sementara Rizqi sibuk nak jadi bomba...mama dan papa pun jalan2lah...ni LHDN...pun akan dapat gaji kalau buat aktiviti sini...

Yang ni memang Rizqi tak nak masuk langsung..katanya terlalu Pink...kat sini kanak2 boleh pilih nak kerja atau nak jadi pelanggan..kalau kerja dapat duit..kalau pelanggan kena bayar...


Nak jadi doktor..boleh ke sini yea..
 

Kat sini best..Rizqi suka betul masuk sini...diorang boleh plan nak pergi cuti kat mana...lepas tu dapat broucher ada gambar diorang dan tempat yang diingini...

Kat sini pun best..sesuka  hati jerlah Rizqi nak warna gambar yang diberi..tapi masuk sini kena guna duit kidzania yea...

Eh..beratur lagi tak habis2 sebab dengar penerangan...

Tara..dah tukar uniform..comel2 semua..kat sini semua uniform adalah betul2 menyerupai kerja sebenar...nak gi sini..tak perlulah nak pakaikan anak pakaian yang berleret2..susah diorang nanti..pakai Jeans dan T shirt pun ok...kalau nak buat rock climbing...sila pastikan anak pakai kasut sukan...


Lagi briefing...

 Dah penat jadi bomba..nak buat vitagen pulak...kena bayar yea sebab kita akan dapat vitagen yang diorang buat....

Ni pun antara kegemaran rizqi..to gate boy..suka jer bila palang terangkat...Nak main kereta lumba tak layak sebab ketinggian tak cukup lagi 130 cm...lepas tu kena ambil lesen bagai dan buat check mata...huk huk...kenalah datang lagi 2 tahun kot baru mencapai ketinggian yang dibenarkan...
 
Buat parents pulak..jangan risau...ada tempat khas untuk kita..memang kanak2 tak boleh masuk...

 
Cantikkan dalam nya..ada wifi segala...macam speaker lepaskan saja anak dia nak main aktiviti apa pun...lama jugak speaker dan suami lepak sini...tahu2 dah bermacam2 aktiviti Rizqi sertai...macamana kami tahu?? senang jer...sebab semua aktiviti anak kita akan di snap gambar dan direkodkan kat jam memula kita dapat tu...kita check jerlah kat kaunter Canon dan diorang akan tunjuk semua aktiviti anak kita...
 
 
Sekian...part 3 pulak...

Kidzania - Keseronokan buat anak tersayang...- PART 1

Assalamualaikum semua..dah terlalu lama blog ini terbiar sepi..faktor utama mungkin kesibukan bekerja..kesihatan diri..keluarga dan sebagainya..dah masuk bulan ketiga dah pun tahun 2016. Tapi takpelah..blog ni pun sekadar untuk bacaan kami nanti ketika tua..he he..

Mari kita bermula...tiket untuk ke Kidzania ni pun dibeli pada hari Jumaat 18/03/2016 iaitu pada hari ketiga terakhir cuti sekolah...secara tiba2 jer beli..tak plan apa2 pun. So kita pun beli secara online..kawan2 ramai cakap kalau nak ke  sini waktu cuti sekolah baik tak payah..sebab orang akan meramai dan buang masa menunggu...

Tapi Speaker pikir..dah alang2 nak beli..beli jer la...kita tempuh jerlah apa jua yang bakal berlaku...

Ni lah contoh online ticketing invoice yang keluar selepas settle baratan segala..rege dia boleh check kat website diorang..cuma kalau beli online ni dapat 10% diskaun katanya...

Sila pastikan anda memprint yea segala mak nenek benda yang diorang bagi selepas pembelian tiket secara online...sebab nanti bila dah ke sana..senang jer cerita sebab detail dah di masukkan siap2..
 
 
So keesokkan harinya gigih ni bangun seawal mungkin sebab katanya boleh masuk pukul 10 pagi..tapi Speaker ni jenis memang suka datang awal..so seawal 8.30 pagi dah keluar rumah terus ke sana. Mudah sangat sebab ada Mc Donald kat Kidzania ni...ramai jugak bebudak dan keluarga memasing bila kami nak bersarapan di Mc Donald dalam pukul 9.15 pagi...dah makan2 bagai..terus ke kaunter untuk membuat pertukaran tiket...
 
Kaunter akan dibuka seawal 9.30 pagi yea..tu pun ramai dah beratur...sedang kami beratur..tup2 ada 3 biji bas datang membawa kanak2 riang dari sekolah agama....dah cuak dah waktu tu...mesti lama menunggu ni nanti kat atas...
 
So sinilah kaunter untuk kita tukarkan tiket kita nanti..ada 2 section..satu pembelian secara terus dan secara online..so baca arahan betul2 yea..kang penat2 beratur salah lane...lepas tu diorang akan bagi cek bernilai 50 duit kidzania...

Motif tangkap gambar ni tak tau...

So inilah kerajaan punya pejabat....
 
Selesai buat pengesahan semua..kami di arahkan untuk naik ke tingkat 5 untuk check in...dan kena tebus cek untuk dapat duit...memula sekali kena gi CIMB bank yea...jangan risau kat sini semua pekerja ramah tamah..sengih jer semua..tetambah lagi kami antara yang terawal sampai....semua berebut suruh anak main game yang popular dulu seperti jadi Bomba dan Pilot...
 
 

Kat sini memang org dewasa tak boleh masuk langsung..semua aktiviti anak2 yang lakukan sendiri...ok jugak..biar diorang berdikari....
 
Ok...inilah duit yang telah ditunaikan tadi oleh Rizqi...sebagai seorang bendahari..mama dipertanggungjawabkan untuk memastikan duit ini bertambah dengan jayanya...ha ha..mama zalim..
Kat sini kalau kita nak menyertai sebarang permainan..sila pastikan anda membaca label2 yang telah diletakkan di setiap pintu masuk...ada permainan yang tidak memerlukan duit..malah akan diberi duit..dan ada yang akan kena charge..haa...dari situlah gunanya duit yang diberi mula2 tadi..
 

Ni lah rupa paras jam yang semua akan dapat...dalamnya ada data pasal kita dan anak2....orang dewasa dibenarkan untuk keluar dari sini tetapi kanak2 harus ditemani oleh ibu bapa kalau nak keluar...tapi kalau kanak2 dah nak keluar tu..memang tak leh masuk semula...huk huk...
 
 
Sekian...kita bersambung di Part 2 pulak...
 

 
 

 


Jumaat, 28 Ogos 2015

Selamat Hari Raya 2015

 
 
Assalamualaikum semua....ok2 tahu dah terlambat dah nak update pasal Hari Raya ni..tapi takpelah sebagai kenangan Speaker...Pada 11 Ogos 2015 Jabatan kami telah berkolaborasi dengan satu lagi dept untuk jamuan hari raya pada tahun ini..biasanya kami akan buat asing2 untuk setiap dept...tapi ada yang nak join..kami okey jer..
 
So tahun ni Speaker telah ditugaskan untuk membuat hiasan kat tempat kejadian...dengan takde peruntukan langsung dari Jabatan..terpaksalah Speaker bersama rakan2 berkongsi2 apa yang ada untuk memastikan majlis ini akan menarik nanti....
 
 
So..inilah hasilnya...walaupun tak seberapa..alhamdulillah..ramai yang puji cantik...

Puan pegawai daerah tengah melawat kawasan..he..he...

OK...dah cun dah..mari kita rasmikan dulu sebelum orang ramai datang...

Ok..ni bukan pentas drama yea..ni waktu rehearsal dan gambar ni candid...

Sebahagian dari rakan sekerja yang bergambar di photo booth...ada banyak sebenarnya gambar lain2..tapi malaslah nak letak..

 
Sesi syok sendiri..amboi tengok bos kita tu...paling comel kan??

Sesi makan2...

Makanan semua sedap...

Lelaki ni sebenarnya seorang Pengarah dan dia amat mengagumi hasil kerja Speaker pada hari tu....sampai ikon kecil selamat hari raya tu dia bawak balik...dia kagum sebab Speaker guna barangan terpakai jer..by the way dia orang puteh okey...very the friendly...

Hah..kena menyanyi pulak.......hari tu jadi Uji Rasyid...nyanyi lagu seloka di hari raya...

Suara Speaker?? Sedap ke tak sedap ke..ada kesah..janji tak gugup waktu naik pentas..profesional gitew....
 
sekian