Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Selasa, 22 Mac 2016

Kidzania - Keseronokan buat anak tersayang - PART 2

Mari..kita bersambung bahagian 2 pulak...




Sebijik kan rupa macam stesen minyak...antara aktiviti kegemaran Rizqi...cara2 isi minyak dan kena isikan minyak kereta pelanggan...lepas tu dapat gaji...suka suka...
 

Ni tempat kebakaran akan berlaku..he he...kalau nak tahu macamana..kenalah jadi bomba...

Ni pintu masuk kalau nak jadi bomba...tapi awass..bukan boleh masuk terus..kekanak dikehendaki untuk menunggu diruang yang disediakan dan akan diberikan nombor giliran...selalunya satu sessi akan melibatkan 5 - 10 orang kanak2 dan 20 minit setiap aktiviti...

Seronok bebudak dapat naik kenderaan bomba ni...bergerak tau...habis satu Kidzania ni diorang pergi semata2 nak padamkan api...padalah sebelah jer..he he

Sementara Rizqi sibuk nak jadi bomba...mama dan papa pun jalan2lah...ni LHDN...pun akan dapat gaji kalau buat aktiviti sini...

Yang ni memang Rizqi tak nak masuk langsung..katanya terlalu Pink...kat sini kanak2 boleh pilih nak kerja atau nak jadi pelanggan..kalau kerja dapat duit..kalau pelanggan kena bayar...


Nak jadi doktor..boleh ke sini yea..
 

Kat sini best..Rizqi suka betul masuk sini...diorang boleh plan nak pergi cuti kat mana...lepas tu dapat broucher ada gambar diorang dan tempat yang diingini...

Kat sini pun best..sesuka  hati jerlah Rizqi nak warna gambar yang diberi..tapi masuk sini kena guna duit kidzania yea...

Eh..beratur lagi tak habis2 sebab dengar penerangan...

Tara..dah tukar uniform..comel2 semua..kat sini semua uniform adalah betul2 menyerupai kerja sebenar...nak gi sini..tak perlulah nak pakaikan anak pakaian yang berleret2..susah diorang nanti..pakai Jeans dan T shirt pun ok...kalau nak buat rock climbing...sila pastikan anak pakai kasut sukan...


Lagi briefing...

 Dah penat jadi bomba..nak buat vitagen pulak...kena bayar yea sebab kita akan dapat vitagen yang diorang buat....

Ni pun antara kegemaran rizqi..to gate boy..suka jer bila palang terangkat...Nak main kereta lumba tak layak sebab ketinggian tak cukup lagi 130 cm...lepas tu kena ambil lesen bagai dan buat check mata...huk huk...kenalah datang lagi 2 tahun kot baru mencapai ketinggian yang dibenarkan...
 
Buat parents pulak..jangan risau...ada tempat khas untuk kita..memang kanak2 tak boleh masuk...

 
Cantikkan dalam nya..ada wifi segala...macam speaker lepaskan saja anak dia nak main aktiviti apa pun...lama jugak speaker dan suami lepak sini...tahu2 dah bermacam2 aktiviti Rizqi sertai...macamana kami tahu?? senang jer...sebab semua aktiviti anak kita akan di snap gambar dan direkodkan kat jam memula kita dapat tu...kita check jerlah kat kaunter Canon dan diorang akan tunjuk semua aktiviti anak kita...
 
 
Sekian...part 3 pulak...

Tiada ulasan: