Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Rabu, 23 Mac 2016

Kidzania - Keseronokan buat anak tersayang - PART 3

Hai hai hai...ok kita sambung PART 3 pulak...

Tengok2..teruja bebudak ni masing2 bila dapat buat vitagen sendiri..kalau nak tahu..diorang yang pakai baju pink hitam tu lah yang akan tangkap gambar bebudak ni sorang2 untuk setiap aktiviti...


Dah habis buat air..lepas tu nak kerja kontraktor pulak...kat bahagian ni ada 3 aktiviti boleh buat..semua dapat gaji...kontraktor..cat dinding dan lap cermin..semua Rizqi buat....
 

Lepas tu dia nak mewarna pulak..silakan...

Dapatlah pensil dan pemadam dan kerja yang kita buat..

lepas tu naik pulak tingkat atas...eh vitagen tadi pun tingkat atas jugak...turun naik..turun naik..penat.
Ni diorang tunjuk nak buat sabun..keluar jer terus wangi tangan bebudak ni...

Semua duit gaji dia bagi mama..kan dah banyak tu...

Lepas tu dia nak jadi  pilot pulak..lantakkan sana..tapi memang heran..bebudak ramai..tapi takde kena tunggu lama...

Ke sini pulak...


Comel jer pakai baju seragam SIEMENS...


Nak jadi pembaca beritalah..wartawanlah..semua dia buat..kecuali jurumake up dia tak nak..ha ha
 


Ni waktu nak buat air Spritzer..kena bayar sebab nanti dapat sebotol air katanya...tengok-tengok..asal beratur jer dapat no satu...memang lucky day dia...

Dah tak sabor benar nak masuk...

Ha..macam nilah keterangan yang akan ditampal di setiap pintu masuk sesuatu aktiviti...

Yang ni pintu untuk bebudak buat show pukul 3.00 petang


Eh..eh..terlibat jugak budak ni rupanya...buatlah nak..asal bahagia..terasa dah diri tua sangat bila anak dah pandai berdikari macam ni...semua dia buat sendiri..sobss..sobsss...
 

Sementara menunggu anak berlatih dan bersiap..kami berdua turun ke bawah sebab nak tengok show...kat sini kalau nak jadi pelakon dan ahli silap mata pun boleh...


 Ha..dah ready dah nak buat show...
 
 
habis show kitaorang masuk sini tengok bebudak buat silap mata..kelakar jer..movie pun ada tau..tapi ada masa tertentu...
 

Dah habis show tetiba dia nampak ni ha...nak pulak jadi secret agent...seronok jer tengok diorang buat aksi dari screen kat tepi pintu..memang macam latihan secret agent betul..berpeluh2 semua bila keluar..tapi semua happy...


Fakta mengenai secret agents....
 
Ok..tamatlah sudah keriangan yang dirasai oleh Rizqi...ada juga yang tiada gambar yang sempat Speaker ambil tapi telah dibuat oleh Rizqi...antaranya ialah..bekerja di syarikat suratkhabar, jadi CSI, Posmen, Hakim, Polis, Ahli sains, mekanik, TM,  buat Mc Donald, Kitar semula..LHDN, doktor gigi..dan banyak lagi..memang kami datang seawal 9.30 pagi dan nak tahu kitaorng keluar pukul berapa?? 6.30 petang ok..lagi setengah jam nak tutup...mujur tandas..surau dan cafe ada dalam tu..kot tak memang susahlah...dan selepas penat bekerja..tahu apa yang jadi pada Rizqi??
 
Jadi macam ni..tergolek terus bila masuk dalam kereta..takde bunyi..bila sedar2 dia dah tidur...kejut makan pun tak nak...bila sampai umah paksa dia mandi dan tidur..esoknya pukul 12 tengahari baru bangun..syabasssss....
 
*** Gambar anak2 boleh dibeli dengan RM30 sekeping..bayangkan berapa banyak Rizqi buat aktiviti..tapi kami taklah beli semua..beli yang berkenan sahaja...
 
Sekian.



Tiada ulasan: