Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Rabu, 2 Januari 2013

Bayou Lagoon Resort, Bukit Katil, Melaka

Sempena hujung tahun 2012, memang akan menghabiskan cuti yang banyak giler tu..he..he.. so booking hotel kat internet jer..Rege?? Mestilah mahal berganda sebab cuti sekolah dan cuti perayaan..huh..ayat membongkak di situ...

Tu bila Rizqi terkencing dalam kolam..huk huk..giler air sejuk..kita yang dewasa ni pun leh terkencing-kencing..ni kan pulak bebudak...


Resort @ Apartment yang kitaorang duduki.. 2 bilik tidur dan 2 bilik air...

Taman tema yang menarik untuk kanak-kanak...

Menarik kan??

Kat sini tak de lifeguard..so mak dan pak lah jadi penyelamatnya..lagipun airnya cetek jer...

Pokok biru?? Apakah..


Tu tengah dalam pembikinan untuk menambah lagi apartment yang sedia ada...

So waktu Speaker pergi tu sehari sebelum Kristmas..manusia adalah meramai dan ada yang datang dengan rombongan cik kiah lagi..ber bas-bas...so memang keputusan yang tepatlah mereka membuat unit tambahan...sikit lagi siaplah tu....

Penilaian mengenai Bayou Lagoon Resort

1) Perjalanan mengambil masa 1 jam 40 minit kalau dari KL
2) Waktu check in agak lambat sebab diorang tak jumpa my booking nombor dalam sistem..apakah??
3) Keadaan di lobi amatlah huru hara dengan manusia yang meramai sebab datang check in pukul 3 sekali gus..
4) Wifi amatlah perlahan dan sampai satu masa takde langsung..mungkin orang ramai sangat kot
5) Sarapan pagi..biasa2 jer...menu takde yang luar biasa pun..nasi lemak, bubur, telur dan sewaktu dengannya..
6) Air pulak panas dan sejuk
7) Rancangan Astro yang ditawarkan agak terhad. Tapi channel 1 - 9..memang lengkap
8) Bilik air agak mencomot sedikit..dah cuci tapi tak kemas...tapi besar..
9) Air con dalam bilik adalah marvelos sekali..siap ada kipas..
10) Pemandangan menarik kalau mengadap pool
11) Lift sempit sikit...kalau kami yang bertiga campur bag pun dah sesak napas..
12) Ada tempat bebudak main games
13) Ada Gym
14) Ada parking kereta yang membanyak..

So kalau kira bintang dalam 3/5 jerlah...sebab utama pergi pun nak meriangkan hati anak jer..pool dia memang best..

Sekian.


2 ulasan:

Azuha idris berkata...

tq zuha baca blog u intuk dapat info bayou resort ni sebab merancang nak pi sana. so tq....

www.azuhaidris.blogspot.com

Nurul Farhanah berkata...

Kalu nk masuk just utk mndi2 je boleh x?coz mmg stay mlk so rsenye xyah kot check in hotel kn..bpe tiket utk swim je