Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Selasa, 22 Mac 2016

Kidzania - Keseronokan buat anak tersayang...- PART 1

Assalamualaikum semua..dah terlalu lama blog ini terbiar sepi..faktor utama mungkin kesibukan bekerja..kesihatan diri..keluarga dan sebagainya..dah masuk bulan ketiga dah pun tahun 2016. Tapi takpelah..blog ni pun sekadar untuk bacaan kami nanti ketika tua..he he..

Mari kita bermula...tiket untuk ke Kidzania ni pun dibeli pada hari Jumaat 18/03/2016 iaitu pada hari ketiga terakhir cuti sekolah...secara tiba2 jer beli..tak plan apa2 pun. So kita pun beli secara online..kawan2 ramai cakap kalau nak ke  sini waktu cuti sekolah baik tak payah..sebab orang akan meramai dan buang masa menunggu...

Tapi Speaker pikir..dah alang2 nak beli..beli jer la...kita tempuh jerlah apa jua yang bakal berlaku...

Ni lah contoh online ticketing invoice yang keluar selepas settle baratan segala..rege dia boleh check kat website diorang..cuma kalau beli online ni dapat 10% diskaun katanya...

Sila pastikan anda memprint yea segala mak nenek benda yang diorang bagi selepas pembelian tiket secara online...sebab nanti bila dah ke sana..senang jer cerita sebab detail dah di masukkan siap2..
 
 
So keesokkan harinya gigih ni bangun seawal mungkin sebab katanya boleh masuk pukul 10 pagi..tapi Speaker ni jenis memang suka datang awal..so seawal 8.30 pagi dah keluar rumah terus ke sana. Mudah sangat sebab ada Mc Donald kat Kidzania ni...ramai jugak bebudak dan keluarga memasing bila kami nak bersarapan di Mc Donald dalam pukul 9.15 pagi...dah makan2 bagai..terus ke kaunter untuk membuat pertukaran tiket...
 
Kaunter akan dibuka seawal 9.30 pagi yea..tu pun ramai dah beratur...sedang kami beratur..tup2 ada 3 biji bas datang membawa kanak2 riang dari sekolah agama....dah cuak dah waktu tu...mesti lama menunggu ni nanti kat atas...
 
So sinilah kaunter untuk kita tukarkan tiket kita nanti..ada 2 section..satu pembelian secara terus dan secara online..so baca arahan betul2 yea..kang penat2 beratur salah lane...lepas tu diorang akan bagi cek bernilai 50 duit kidzania...

Motif tangkap gambar ni tak tau...

So inilah kerajaan punya pejabat....
 
Selesai buat pengesahan semua..kami di arahkan untuk naik ke tingkat 5 untuk check in...dan kena tebus cek untuk dapat duit...memula sekali kena gi CIMB bank yea...jangan risau kat sini semua pekerja ramah tamah..sengih jer semua..tetambah lagi kami antara yang terawal sampai....semua berebut suruh anak main game yang popular dulu seperti jadi Bomba dan Pilot...
 
 

Kat sini memang org dewasa tak boleh masuk langsung..semua aktiviti anak2 yang lakukan sendiri...ok jugak..biar diorang berdikari....
 
Ok...inilah duit yang telah ditunaikan tadi oleh Rizqi...sebagai seorang bendahari..mama dipertanggungjawabkan untuk memastikan duit ini bertambah dengan jayanya...ha ha..mama zalim..
Kat sini kalau kita nak menyertai sebarang permainan..sila pastikan anda membaca label2 yang telah diletakkan di setiap pintu masuk...ada permainan yang tidak memerlukan duit..malah akan diberi duit..dan ada yang akan kena charge..haa...dari situlah gunanya duit yang diberi mula2 tadi..
 

Ni lah rupa paras jam yang semua akan dapat...dalamnya ada data pasal kita dan anak2....orang dewasa dibenarkan untuk keluar dari sini tetapi kanak2 harus ditemani oleh ibu bapa kalau nak keluar...tapi kalau kanak2 dah nak keluar tu..memang tak leh masuk semula...huk huk...
 
 
Sekian...kita bersambung di Part 2 pulak...
 

 
 

 


Tiada ulasan: