Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Isnin, 17 Ogos 2009

Akhirnya.. Speaker telah menjadi MAMA..



**Gambar Rizqi dalam 3 situasi berbeza dengan mata yang masih tertutup***
** Sekarang ni dah botak dah..sebab dah kena cukur oleh Moyangnyer...***



Pertama sekali Speaker ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Zamihartini kerana telah mewar-war kan berita yang Speaker telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 01/08/09 yang lalu....



Kedua...terima kasih kepada semua rerakan sekerja yang datang melawat Speaker di sepital tempoh hari.. yang paling penting..bukan melawat kosong.. ada juga yang membawa pelbagai hamper dan hadiah di samping wang kutipan beramai-ramai satu jabatan.. terima kasih yang tidak terhingga...



Tidak lupa juga terima kasih kepada kakitangan sepital Tawakal yang telah menjayakan misi speaker melahirkan Rizqi Rayyan dengan sempurna...terutama kepada Dr. Jaafar, Dr. Hakimi, Dr. Hisham dan Dr. Kishore....jasamu akan tetap speaker kenang...


Kronologi kelahiran Rizqi....


31/07/2009 - Check up di Tawakal seperti biasa dan tetiba saja pada hari ni BP naik mencanak-canak.. so..Dr. Hisham mencadangkan supaya berehat di sepital..minta izin kat doktor untuk balik dulu .. kata nak pack beg.. padahal sempat menshopping lagi dengan En. Zahirudin... dalam pukul 6.00 petang baru mencheck in kan diri kat sepital dan memilih single room..he..he.. ingatkan lama nak stay sebelum bersalin.. (ialah target bersalin pada tarikh 07/08/09).. tup-tup lain jadinya...
Pada sebelah malamnya nurse ada buat check sama ada ada contraction atau tak.. rerupanya selang 8 minit memang ada contraction tapi speaker tak rasa sakit pun.. siap boleh beli Benjo lagi untuk makan malam... dah kena marah dengan nurse sebab aktif sangat..he..he...


01/08/2009 - Pepagi buta Dr. Jaafar telah masuk dalam bilik Speaker dan mengatakan bahawa Speaker perlu di bedah pada pukul 12.30 tengahari... ek?? Dahlah speaker mamai lagi pagi tu sebab malam sebelum di beri ubat tidur supaya BP terkawal.. tup-tup dapat berita mengejut .. teruslah BP naik serta merta.. tak readylah konon...Hubby pun terperanjat.. ialah ingatkan ada seminggu lagi baru dapat lihat wajah baby..last-last lain storynyer...so dr pun suruh makan roti untuk alas perut sebab nanti nak bius separuh badan... speaker tengok muka hubby dah cuak.. dr siap offer tanya nak tengok tak operation nanti.. terus sahaja menganguk kepala.. padahal dalam hati tuhan aje yang tahu betapa gubra nya beliau...


Seawal 10.30 pagi speaker telah di siapkan oleh nurse.. ialah persediaan apa yang patut sebelum masuk dewan bedah.. tepat 12.30 tengahari speaker telah berada di dalam bilik bedah dan di bius .. rupanya bius kat belakang ni taklah sakit langsung.. ingatkan sakit..he...he...selepas beberapa saat .. dr bius suruh gerakkan kaki sebab nak tengok bius dah jalan ke belum.. dah sah-sah tak boleh nak gerak..terasa berat giler kaki.. maknanya dah berfungsilah tu ubat bius yang diinject...

Husband pulak teruja melihat perut speaker di belah dan diletakkan besi sekeliling.. siap menerangkan apa yang berlaku kepada speaker.. ialah speaker dr tak bagi tengok.. takut BP naik lagi.. cis..cis...tak best langsung.. so tukang bercerita adalah husband.. dari A-Z...


Dalam 12.54 tengahari terdengarlah tangisan anak sulung speaker... terperanjat semuanya.. berat beliau 4.38 kg.. ish..ish... anak siapalah ni..he..he...

tepat pukul 1.15 tengahari.. semua kerja-kerja pembedahan settle dan speaker di hantar ke wad semula untuk berehat....


Setelah berada di sepital selama 5 hari.. dibenarkan pulang untuk berpantang... so sekarang ni tengah berpantang kat umah mak tersayang...

Gambar terkini speaker adalah tidak dapat disiarkan... (chewah..macam artis pulak)...bukan apa..biasalah tengah berpantang kan.. mesti tidak berapa cun..penuh dgn bedak sejuk dan rempah ratus...he..he...



Buat mak mertua kesayangan Speaker..terima kasih di atas segala rempah ratus, jamu, minyak dan bahan penjagaan semasa berpantang yang dihantar by hand oleh beliau untuk Speaker...


Buat husband tersayang... I love You dan terima kasih ....

SEKIAN....

Tiada ulasan: