Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Khamis, 2 Julai 2009

Kesakitan menyerang kembali...Rheumatoid Arthiritis..



Gambar ehsan dari En. Google...

Alahai.. lamanya tak update blog sendiri.. bukan sebab kemalasan melanda..tetapi kesakitan segala jejari ku ini memaksa untuk tidak banyak menaip. Kalau dedolu.. setakat 45 - 60 patah perkataan seminit tu selamba jer.. tetapi sekarang ni 20 patah seminit pun dah di kira lajulah tu...ooh..yea.. Rheumatoid Arthiritis ni penyakit yang sesuka hati akan melanda / menyerang segala sendi di tubuh badan kita.. tak kiralah jari ker..tengkuk ke..lutut ke..tau-tau segala sendi ni akan membengkok dengan sendirinya dan tiada sebarang amaran yang akan diberi untuk memberitahu dia nak datang menyerang....

Kesukaran jari jemari untuk menaip makin kerap melanda di penghujung kehamilan ku ini kerana pakar sendiri mengesahkan bahawa hormon dalam badan dah makin tak stabil dan oleh kerana tiada ubat tahan sakit atau suntikan yang boleh diberikan.. maka raja segala ubat untuk penyakit ku ini adalah BERSABAR selagi daya dan minta pada ALLAH supaya mengurangkan kesakitan ku ini.

Ni pun baru je balik dari MC selama 3 hari.. kalau ikutkan doktor mau diberinya MC sampai bersalin terus...di suruhnya rehat kat umah..jangan jenjalan mana-mana.. jangan buat kerja apa-apa..dan banyak lagi jangannya.. tapi..tau jelah .. kita ni jenis yang mana reti duduk diam.. minta jugalah kat doktor..kalau saya nak g kerja leh tak? Jawapan yang diberi ..boleh..tapi jangan banyak bergerak dan kalau rasa dah tak leh tahan... datang sepital dan ambil MC...he..he..

Mujurlah bos-bos kat sini memahami situasi speaker.. ialah..kita ni kerja banyak menaip.. tapi tak leh nak melaksanakan... kiranya bertuah jugalah bila bos sendiri boleh kata sabar jelah.. kalau rasa tak leh buat just bagi tahu sahaja.. jangan paksa... Terima kasih bos...

Buat rerakan setugas satu jabatan.. terima kasihlah sebab banyak membantu meringankan tugas speaker selama ini. Insyaallah.. speaker akan ingat segala budi baik rakan2 setugas sekalian selagi hayat di kandung badan...

SEKIAN....

Tiada ulasan: