Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Rabu, 30 September 2009

Cerita - cerita Hari Raya...

Memula sekali nak beritahu bahawa Speaker telah kembali untuk bekerja setelah sekian lama bercuti..lama ke pun...Lepas tu sesaja nak cerita pasal Raya pulak... alah..lantaklah ada orang nak baca ke tak.. janji Speaker dapat bercerita udahlah....

Cerita pertama nak diceritakan adalah...sempena Hari Raya ini Speaker dengan bangganya telah menghadiahkan mak speaker sebuah peti sejuk LG yang tersangatlah besarnya... sebab peti sejuk yang ada dulu amatlah kecil walaupun 2 tingkat...he..he.. habislah jugak ribu riban..tapi tak pe..sebab mak tersayang..apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan jasa mereka..kan? kan?....








(Ini bukan peti sejuk tersebut..ini gambar dari Google)

Cerita kedua pulak berkaitan dengan Hari Raya... tahun ni Speaker beraya di rumah mertua di Sg. Besar..
berada di Sg. Besar selama 2 hari 1 malam...so..biasalah pagi-pagi selepas sembahyang raya.. sessi bersalaman pun berlaku..nangislah sedas dua.. lepas tu gumbira semula...ialah dah kosong-kosong..lepas ni buat semula dosa..he..he.. boleh gitu...Petang raya pertama terus pulang ke Meru.. beraya kat kampung Speaker pulak...

Pun sama gak agendanya.. lepas minta maaf segala.. makan-makan... sampai perut buncit.. oppsss....
Esoknya pulak..pepagi buta telah bersiap untuk ke Changkat Lada, Perak... ish..ishhh... penatnya ulang alik... tujuan untuk melawat makcik speaker yang kini menetap di sana setelah suami beliau pencen dari kerja...bermalam kat situ... kagum sungguh dengan kebesaran rumah yang telah diubah suai oleh suami beliau..Lepas tu keesokkan hari pulak..ke Tapah, Perak..rumah sorang lagi makcik....

Balik dari Tapah, terus menuju ke Selayang, ke rumah pakcik bongsu speaker yang memang sibuk selalu...mengalahkan PM....tapi apa boleh buat..dah kerjanya menuntut beliau untuk begitu...so berayalah ke rumah beliau tanpa beliau..hanya di layani oleh isteri beliau yang menyediakan nasi ayam madu yang begitu marvelos...

Setelah kenyang dan penat... berangkatlah speaker ke meru semula....dan hari raya seterusnya lepak kat umah dan tunggu orang datang umah... antara kawasan yang telah diberayakan adalah di Kampar dan Damansara Utama...(alah umah orang kaya-kaya tu...)...
 (Ini juga bukan gambar sebenar.. cilok dari Google juga adanya)


Cerita ketiga pulak berkenaan dengan duit raya... alhamdulillah..tahun ni rezeki anak Speaker memang murah.. berkat namanya kot...banyak jugaklah RM..RM .. yang beliau dapat.... Oleh kerana takut mamanya menggunakan semua duit itu... dengan pantas Speaker memasukkan duit-duit tersebut ke dalam bank.. selamat sikit..ha..ha...

(Juga gambar di ambil dari Google...)

Sekian sahaja cerita dari Speaker pasal raya... boleh gitu.. pendek jer.. malaslah nak cerita panjang - panjang... tak habis nanti 10 hari 10 malam....

Tiada ulasan: