Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Memaparkan catatan dengan label menonton wayang.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menonton wayang.... Papar semua catatan

Khamis, 13 Oktober 2011

Killer Elite...bukan kumpulan ELITE yea....

Semalam menonton cerita ni di Wangsa Walk dengan En. Suami...sebab utama menonton kerana En. Suami yang begitu meminati Robert De Niro sejak dulu lagi...kalau ikut Speaker punya rate cerita ni 2.5 jer...sebab apa tau...tak best langsung....mungkin sebab kisah benar dan mereka pun tak beranilah kot nak tokok tambah plot penceritaan nya....yang pastinya Clive Owen dalam cerita ni tak hensem langsung...sebab ada misai ...hi..hi...
Sekian....

Jumaat, 23 September 2011

Bini-biniku Gengster...

Semalam tengok cerita ni...tapi..menghampakanlah jugak...sebab macam dah tahu dah jalan cerita....lepas tu lawak pun jenis yang kita tak boleh nak ingat semula selepas keluar panggung...memang simple jer ceritanya...lepas tu kekonon nak supriselah kan penghujung cerita...tapi dah boleh agaklah...sebab macam Speaker yang kaki tengok wayang ni....dah boleh agak apa akan berlaku....

Shahezy Sam dan Yana punya lakonan pun biasa-biasa jer..ialah tak mencabar langsung..tak perlu nak menghayati  penat-penat pun...tapi kalau korang rasa cerita ni lawak giler..terpulang..ini pendapat Speaker saja....

Sekian...

Jumaat, 9 September 2011

Bridesmaids

Semalam menonton cerita ni kat Mid Valley...pelik gak kat poster tulis May 2011, tapi semalam baru release...any how...cerita ni biasa - biasa jer...cuma ada beberapa babak yang kelakar...lagi satu banyak adegan yang di potong sebab terlampau sangat ko 18sx yer....so rumusan cerita ni seperti di bawah...

This spring, Universal Pictures and producer Judd Apatow ("Knocked Up," "The 40-Year-Old Virgin") invite you to experience "Bridesmaids." Kristen Wiig leads the cast as Annie, a maid of honor whose life unravels as she leads her best friend, Lillian (Maya Rudolph), and a group of colorful bridesmaids (Rose Byrne, Melissa McCarthy, Wendi McLendon-Covey and Ellie Kemper) on a wild ride down the road to matrimony.



Annie's life is a mess. But when she finds out her lifetime best friend is engaged, she simply must serve as Lillian's maid of honor. Though lovelorn and broke, Annie bluffs her way through the expensive and bizarre rituals. With one chance to get it perfect, she'll show Lillian and her bridesmaids just how far you'll go for someone you love.

Sekian....



Isnin, 5 September 2011

Hantu Bonceng....kelakar...

Semalam last cuti untuk raya..so telah sepakat dengan family untuk menonton cerita hantu bonceng yang dilakonkan oleh Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans....memula cerita ni adik nombor 4 tengok midnight..lepas tu dok war-warkan kata kelakar nak putus urat perut...so dengan gelodak perasaan pun mengajaklah kesemua ahli keluarga lain menontonnya...

Memula tu booking dulu melalui sistem dalam pukul 11 pagi...nasib banyak tempat lagi...movie pukul 3.20 petang di GSC One Utama, Damansara...so sempatlah sembahyang Zohor dulu baru bertolak..ialah nak collect tiket kan 45 minit sebelum...kang diorang release booking kang..menyesal...

Ceritanya simple jer...dah boleh agak dah...tapi lawaknya tu..selamba jer...perkataan yang paling glamour dalam movie ni...Tokkkk....Nyit @ Kunyit, Boboy dan Gegirl....ohh dan apa celup...tah apa maksud pun tak tahu....

Dalam pada tu... yang paling tak boleh blah...Rizqi yang baru 2 tahun pun..boleh gelak tahap cipan....padahal yang keluar watak hantu..dia boleh gelak...tak tahulah dia nampak kelakar kot....

Sekian....

Khamis, 18 Ogos 2011

File Zookeeper...memang lawak...

Hai kengkawan...bersiaran kembali kita..he..he.. Menonton cerita ni kat Wangsa Walk, Wangsa Maju dgn En. Suami..kenapa suka menonton di Wangsa Walk?? Sebabnya ialah..tempatnya begitu hampir dgn tempat tinggal Speaker..jalan kaki pun boleh.....

Berbalik kepada cerita di atas...memang kelakar lah cerita ni...jalan cerita simple jer...kisah penjaga zoo ni yang pernah di kecewakan oleh seorang makwe ni dan selepas 5 tahun perkara memalukan berlaku...dia terserempak kembali dgn bekas kekasihnya dan cuba untuk memenangi hati wanita itu kembali...

Tapi sebenarnya dalam tempoh 5 tahun tu..ada sorang lagi awek kat zoo tu sudah minat kat ini mamat..walaupun dia tak tunjuk...tapi awek ni memang baik...kalau mamat zoo ni ada masalah..dialah akan tolong....

Akhirnya...mamat penjaga zoo ni pun sedar sebenarnya dia tak pernah mencintai bekas aweknya selama ini...ini mungkin hanya kerana terbawa-bawa oleh desakan masyarakat.....

Dalam filem ni yang paling kelakar adalah binatang-binatang dalam zoo....antara sumbangan suara diberi oleh Sylvester Stallion, Adam Sandler dan pelawak-pelawak lain....memang fun lah tonton cerita ni...Speaker yang pada mulanya pening kepala sebelum masuk panggung...terus hilang pening sebab tergelak....

Tapi nak minta maaflah yea..sebab Speaker memang terlupa giler nama watak- watak yang terdapat dalam ni..tu yang guna perkataan "mamat zoo" dan "awek zoo" sahaja...sorry yea...

Sekian...

Khamis, 16 Jun 2011

Henry's Crime...Movie..

Semalam dalam penat-penat tu sempat jugaklah singgah di Mid Valley..nak tonton wayang....tengok - tengok panjang giler barisannya.....

Terus toingg...sayang..kita ke Signature Gardenlah yea..takde orang... memang betul takde orang..tapi harge tiket mahallah sikit...

Tak tahu nak tengok cerita apa..terus beli tiket Henry's Crime ni....sebab nak selaraskan masa En. Suami nak berniaga kan....



Ceritanya memang simple giler...kisah seorang pemuda yang bernama Henry..(lakonan si Keenu Reeve)...seorang yang amat baik dan lurus yang telah secara tidak sengaja masuk dalam penjara dan dihukum selama 3 tahun atas kesalahan yang dia tak buat..dia kena tipu dengan kawannya....

Lepas ada satu adegan dan dia berfikir dgn mendalamnya... dia pun dapat idea..baik aku buat jahat terus ..lagi pun hukuman aku dah buat..tapi kesalahannya takde...

Dengan bantuan kengkawannya...dia pun memulakan rancangan ingin merompak bank....Perancangan nya simple sangat...tapi yang best..last-last berjaya jugak dia dapatkan wang yang banyak dari Bank tersebut...
tapi dia tak peduli pun pasal duit tu..sebab dia lebih sayangkan makwe nya....

Sekian....