Hai kengkawan...bersiaran kembali kita..he..he.. Menonton cerita ni kat Wangsa Walk, Wangsa Maju dgn En. Suami..kenapa suka menonton di Wangsa Walk?? Sebabnya ialah..tempatnya begitu hampir dgn tempat tinggal Speaker..jalan kaki pun boleh.....
Berbalik kepada cerita di atas...memang kelakar lah cerita ni...jalan cerita simple jer...kisah penjaga zoo ni yang pernah di kecewakan oleh seorang makwe ni dan selepas 5 tahun perkara memalukan berlaku...dia terserempak kembali dgn bekas kekasihnya dan cuba untuk memenangi hati wanita itu kembali...
Tapi sebenarnya dalam tempoh 5 tahun tu..ada sorang lagi awek kat zoo tu sudah minat kat ini mamat..walaupun dia tak tunjuk...tapi awek ni memang baik...kalau mamat zoo ni ada masalah..dialah akan tolong....
Akhirnya...mamat penjaga zoo ni pun sedar sebenarnya dia tak pernah mencintai bekas aweknya selama ini...ini mungkin hanya kerana terbawa-bawa oleh desakan masyarakat.....
Dalam filem ni yang paling kelakar adalah binatang-binatang dalam zoo....antara sumbangan suara diberi oleh Sylvester Stallion, Adam Sandler dan pelawak-pelawak lain....memang fun lah tonton cerita ni...Speaker yang pada mulanya pening kepala sebelum masuk panggung...terus hilang pening sebab tergelak....
Tapi nak minta maaflah yea..sebab Speaker memang terlupa giler nama watak- watak yang terdapat dalam ni..tu yang guna perkataan "mamat zoo" dan "awek zoo" sahaja...sorry yea...
Sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan