Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Rabu, 27 Ogos 2014

Suatu pagi yang indah..

Assalamualaikum...kembali kita bersiaran selepas tamat bulan syawal...tapi cerita kat bawah ni berlaku ketiak bulan syawal lagi..biasalah kat pejabat..memasing nak buat sambutan raya sendiri..kat sini tidak terkecuali...

Pagi tu sebenarnya dah makan berat dah...so tak expectlah kan nakdapat jemputan makan2 ni sekali...tup2 tengah agak2 sibuk buat kerja tu (sibuklah sangat)...dapat panggilan telefon dari jiran sebelah...weiii..meh lah datang sini..perabihkan apa yang ada...ciss nampak sangat macam speaker ni tukang perabis jer...hik hikk...


 
Nasib hari tu pakai baju bling bling..so memanglah sesuai sangat untuk majlis makan2 ni...


Letaklah jugak gambar tuan tanah sekeping
 

Oleh kerana dah makan berat sebelumnya..so ambil buah buahan jerlah kan...diet katanya..ceh..

Eh ada pulak ais krim..apa lagi kita upkan 2 sudu aisk krim...

Lepas tu ada orang nak tolong snap kan gambar kita..katanya dah kurus..kurus ke pun?? Faktor bajulah tu..kengkadang kalau pakai baju lain gemuk jugak..huk huk...

Bergambar bersama rakan sekerja yang lain dept tapi kami memang memerlukan antara satu sama lain..yang sebelah kanan tu namanya Puan Noor Baizura dan ada anak 4 tau..tetap cantik dan lagi sorang tu Sarah namanya..anak 2 kalau tak silap..tapi dah besarlah kan...dia pun dah berusia tapi tetap vogue.

Last..bergambar dengan Puan Noor Baizura sekali lagi...kami ni agak rapatlah jugak kat opis..banyaklah jugak perkara2 yang orang lain tak tahu dia tahu...
Haih..muka dia elok jer comel dan kecik..muka speaker aiyooo...sebesar talam...sedih.
 
Sekian

Tiada ulasan: