Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Jumaat, 16 Mei 2014

Kehilangan Bapa Mertua....

Salam Jumaat....Pada 9 May 2014 @ 11.30 malam yang lalu, En Suami telah kehilangan bapa kesayangan beliau iaitu Haji Amin bin Abd Karim. Beliau berusia 78 tahun dan mengalami kegagalan buah pinggang, kencing manis dan penyakit yang bersangkut paut.

Arwah memang telah lama menahan segala jenis kesakitan ini lebih dari 15 tahun. Mak mertualah yang gigih menjaga beliau semenjak pernah kena strok dulu. Bukan anak2 tidak menawarkan diri untuk menjaga..tetapi beliau hanya mahukan isterinya sahaja yang menguruskan nya. Kami anak menantu ni pun tolong-tolong dari kejauhan jer.

Kemuncak penyakit beliau adalah apabila doktor menyarankan agar kakinya dipotong kerana sudah rosak sangat..tetapi beliau tidak mahu. Katanya biarlah beliau begitu sampai mati..huk..huk...doktor menyarankan agar aktiviti cuci darah untuk buah pinggang ditukarkan kepada air kerana tempat masuk tiub cuci darah dah kena jangkitan kuman...

Selama 2 minggu dirumah maklah yang menjadi nurse kepada bapak. Bilik kena diubah menjadi seperti wad sebab perlu bersih sentiasa...memang sedihlah tengok kan...Alhamdulillah kami semua sempat memohon maaf pada beliau seandainya kami melakukn kesalahan tanpa disedari...

Memang boleh nampak kesedihan yang ditanggung oleh en Suami sekeluarga..tapi kami semua redha dengan tentuan Allah...semoga Allah menempatkan bapak dikalangan orang-orang beriman..Amin..

Sekian.


Tiada ulasan: