Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Isnin, 19 Mei 2014

Genius Aulad - Field Day 2014

Pada 11 May (Ahad) dan esoknya Isnin cuti.....berlangsungnya acara sukan tahunan ini...tahunan katanya..padahal takdelah sukan mana pun..lebih banyak pada aktiviti pembelajaran...Suka jer kalau ada aktiviti melibatkan anak2 ni sebenarnya..boleh tengok perangai memasing..kalau dengan teacher memasinglah baik jer perangai...

Kejadian berlaku di KSL Sport Centre di Taman Sri Gombak sana..dekat jer pun..so seperti biasa mak pak lah yang terlebih excited...seawal 8.30 pagi dah perpusu-pusu kereta masuk ke kawasan kejadian....penuhlah semua tempat kat situ dengan belon bewarna kuning dan biru....

Ni sewaktu beratur untuk ambil nama....kalau warna biru untuk 4 tahun..warna pink 5 tahun dan kuning untuk 6 tahun..so tahulah nak beza..so Rizqi dapat warna pink untuk kelas 5 tahun..lepas tu nombor 28 tu dia yang ambil untuk cabutan bertuah..tapi tak berapa bertuah..huk huk....
 
Kad2 bewarna ni tujuan dia adalah..setiap aktiviti yang kita main akan dapat 1 cop..setiap station berlainan cop...so syarat untuk dapat medal ialah..untuk umur 4 tahun memerlukan 8 cop dan untuk umur 5 & 6 tahun memerlukan sebanyak 10 cop....so maknanya 10 aktiviti yang perlu dilakukan untuk melengkapkan kad tersebut.....
 
Belum apa2 dah ambil gambar kat podium tempat pemenang...lantak kan sana..janji happy...

Ni pulak sebahagian aktiviti yang diadakan..lenggang lagi..ialah mak pak belum serbu lagi...bergambar dengan ikon Genius Aulad...
 

Aceh2...elok jer dendiam budak ni...belum panas lagi enjin..kejap lagi tengoklah..warna baju dah lain dah....

Para2 teacher yang sopan2 semuanya....sejuk jer mata memandang....ni tengah nak buat acara bersenam...

Lagi deco yang cute2 semuanya...tapi sesungguhnya bagus GA buat kat kawasan ada bumbung ni..panas kot..mau rentung anak kalau buat kat kawasan terbuka....

Ni adalah beberapa station yang boleh anak2 ambil bahagian..salah satu dari padanya adalah acara merebut kerusi..tapi Rizqi kalah..huk huk...tak pe..acara lain banyak lagi...janji dapat cop...larikkssss....

Kat station ni Rizqi hebat...kejap jer dia eja strawberry tu...so habis kat station tu..kita beratur kat station sebelah pulak..ni pun kejap jer..sebab main teng2..memang favarotelah kan...

Lagi beratur tempat lain pulak...

Ni acara ambil abjad / nombor ..tengok kad teacher tunjuk..lepas tu cari...bebasah jugaklah seluar..ialah..memasing nak masuk dalam kolam...

Dah lengkap 10 cop..berlari pergi kat teacher..so dapatlah medal..puaslah hati sudah...ni baru leh tangkap gambar kat sini....sengih-sengih semua yang dapat medal...ialahkan..dah penat2 buat aktiviti macam2..bila dapat medal tu kita terbalas jugaklah penat lelah...

La..tak habis lagi ker bergambarnya..orang lain dah ramai dah tunggu...mujur semua parents pun sporting..tak kisah nak tangkap gambar lama mana pun...memasing happy jer...ialah..bila anak happy..mak pak pun turut happy....

Alolo...siap gigit medal tu yang tak boleh blah tu...ajaran dari papanya ok...mamanya suruh pose2 elok..di bantainya dengar cakap papanya...gigit..gigit...haih...
 
Secara keseluruhannya memang bestlah kan aktiviti2 macam ni...cuma penat beratur jerlah...oh  ya..makanan dibekalkan untuk anak2...ada roti, air mineral dan air milo...parents pun ramai yang bawak bekalan sendiri..ialah takut tak cukup kan...
 
Sekian.

Tiada ulasan: