Tapi kalau korang pernah nampak tu abaikan jerlah yea...tapi Speaker memang ni first time nampak...nampak apa?? Ha..Tempat Pertama Kategori Tandas Hotel....ada sedikit kekaguman di situ...sebenarnya Speaker menginap di Hotel Damai ni minggu lepas sempena pergi kenduri kahwin pekerja En Suami di Bandar Baharu kat Kedah sana...so hotel paling hampir adalah di sini...kebetulan pulak pengantin dah siap2 book kan untuk kengkawan dia...so kitaorang pun terima jerlah kan.....
Memula tengok hotel ni agak seram gak...sebab menurut pengantin hotel ni dah lama wujud...so memang tak dinafikanlah kelamaannya..he..he.. tapi jangan risau tak de benda pelik2 pun berlaku...so..benda pertama yang Speaker terjah adalah Tandas...dan memang benarlah seperti yang tertera kat sijil tu...tandasnya memang terbaik..dengan besarnya dan bersih giler...(gambar nan ado..)..bagi speaker kadar RM100 semalam memang oklah kan..town pulak sebelah jer..jejalan kaki pun boleh..semua fast food ada..semua bank ada...dan semua benda ada...so takdelah bosan kan kalau nak merayau waktu malam...
Dan gambar pencawang elektrik sebelah tu pulak adalah sesaja untuk menampakkan yang speaker dah sampai di Bandar Baharu..boleh??
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan