Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Khamis, 22 November 2012

Macamana di tengah2 highway ni ada Ice Cream Mahal?

Kejadian berlaku sewaktu kami nak ke Kedah hari tu...tah macamana En Suami mengantuk...so Speaker suruh lah dia tidur sekejap...kami pun singgahlah di perhentian tak ingat tajuknya...tapi bukan kawasan R&R yang sibuk tu...just perhentian yang takdelah glamour sangat....tup-tup Rizqi bersuara..Mama..nak ice cream...Speaker pun takdelah syak apa2..sebab  mata tertumpu kat pakcik naik motor jual ice cream tu...lepas tu Rizqi tarik tangan Speaker dan dengan lajunya melintas pakcik ice cream tu dan terus ke kedai Baskin Robbins...aik??? Bila masa pulak ada kedai BR kat sini ni??? Malas nak bertekak dgn si kenit..ikut kan ajerlah...masuk2 kedai tu...huuisshhh sejuknya ke main...maklumlah kedai ice cream...memang nyamanlah kan..cuaca panas kat luar bila masuk tempat sejuk..lega...so kami tinggalkan en suami tidur dalam kereta..kami anak beranak belasah ice cream MAHAL...

kami ambil chocolate chip kot..tapi chocolatelah..memang sedaplah kan...


2 scoop tu dia sorang jer..mamanya hanya mampu cuit sikit-sikit jer...


 We dip..you drip..you pay..he he..
Muka riak sebab dapat habiskan ice cream...

Lepas lepak dalam kedai tu dalam 1 jam..(sebab berborak dengan family kat belakang tu..mereka tu nak gi Penang..suka tengok family diaorang..walaupun si suami OKU...tapi si isteri amatlah sempurna dan jelita...anaknya pun comel jer....)

Sekian.

Tiada ulasan: