Tragedilah sangatkan...minggu lepas..ada staf dari maybank call. Beliau membacakan senarai kad kredit yang Speaker ada...so macam agak keliru di situ..penipuan ke ni?? Ialah beriya membacakan ic nombor, nombor telefon dan alamat rumah...betul lak tu...
Lepas seketika..dia pun cakaplah dia dari Maybank bahagian fraud (eh betul ke eja)...katanya kad kredit american express Speaker ada orang telah salah gunakan....buat masa sekarang yang Maybank dah terlepaskan transaksinya ada beberapalah...tu pun ada beratur lagi sedang menunggu untuk masuk dalam penyata....
Speaker terkejutlah kan..sapalah nak guna kad aku ni...dia pun explain..katanya penipuan ni melibatkan pembayaran melalui internet untuk menginap di hotel2...oooo....terus dia beritahu akan mengantikan dengan kad baru dan Speaker perlu isi borang untuk tuntut semua pembayaran yang telah dibuat (yang mana tidak perlu speaker bayar sebenarnya..)
So...Speaker pun terus pergi ke Maybank Card Centre yang mana terletak di jalan Tun Razak....So pegawai kat situ pun terangkan bahawa mereka akan gantikan kad speaker daripada 3 kad kepada 2 jenis kad sahaja yang mana lebih senang dan pointnya adalah 5 kali ganda setiap kali speaker menggunakannya...
Speaker pun yea jerkanlah...bukan pakai sangat pun kad kredit ni..cuma bila ada kecemasan senang....sekarang tengah tunggu kad baru dan kad lama dah tak leh guna lagi...huk..huk...
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan