Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Khamis, 18 Oktober 2012

Penilaian hujung tahun...sesi memuji diri sendiri...

Huh..macam tajuk peperiksaan penilaian menengah rendah pulak...tak lah..biasalah hujung tahun ni..bermulalah sesi untuk berdepan dengan bos dan memuji diri kita sendiri untuk mendapatkan markah yang bagus dan akan melayakkan diri kita mendapat RM atau bonus yang banyak bulan Disember nanti...

Macam Speaker..alhamdulillah..bos2 memang baik dan selama bekerja dengan mana2 bos pun...mereka memang tak pernah menghampakan Speaker dalam pemberian markah...bukan nak cakap besar..tapi itulah hakikatnya..Speaker bukan jenis orang yang suka nak kipas2 atau aircon bos...Speaker jenis bos bagi kerja..lepas tu siapkan dan buat kerja sendiri...tak perlulah nak bising2 aku buat banyak kerja...kerja tu, kerja ni..tapi endingnya tak de..semua boleh mengaku yang dia buat semua kerja..tapi para2 bos ni dia nak HASILNYA..bukannya banyaknya kerja kau tu...

Lagi satu yang bos kagum dengan Speaker....ialah cuti sakit yang dah terlalu menurun berbanding beberapa tahun lepas...memang tahun ni rasanya Speaker ada cuti sakit paling sedikit..kalau dulu tak 20 hari ke atas tak sah...sekarang ni alhamdulillah..masih terkawal dan tak melebihi piawaian syarikat...Sakit masih sakit..cuma boleh tahan...tapi kalau dah tak tahan tu kenalah cuti gak kan?? Kang anything happend..sapa nak angkat speaker ni...huk huk dah lah berat...

Tahun depan bos kata dah tak boleh nak bagi buat kerja2 seksetari jer..Speaker akan dimasukkan dalam projek-projek besar yang lebih mencabar bidang kerjanya...Just bring it on..Speaker akan sentiasa menyahut cabaran kerja dari bos..ialah kalau buat kerja sama jer...bak kata bos...you buat kerja ni sambil tutup mata pun boleh kan?? Ahakksss...

Sekarang ni pun kerja2 seksetari ni pun dah tinggal 40% jer...yang lain2 kerja yang tak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang berjawatan seperti saya...cuma yang bagusnya bos cakap..kalau rasa dah tak boleh buat...cakap..nanti kita akan hantar gi kursus atau sebagainya...he..he...so far takdelah kerja yang diberi tak boleh buat..semua boleh buat..kalau tak tahu..apa susah....google kan ada..semua jawapan ada kat situ..yea tak???

Panjang giler karangan hari ni...ialah hari ni gantikan tempat seksetari lain...tu yang memboring tu...he..he..

Sekian.

Tiada ulasan: