Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Isnin, 5 Oktober 2009

Rindunya saya...


Inilah wajah yang amat Speaker rindui sekarang ini.. walaupun baru semalam bertemu..tapi hati ini amat meronta merindui dia... Rizqi Rayyan anak mama ni sekarang berada di Meru, Klang.. di jaga oleh opah kesayangannya...

Speaker hanya akan berjumpa dengan Rizqi ni pada hujung minggu dan cuti umum sahaja memandangkan tuntutan kerja di Kuala Lumpur dan masih kecil lagi nak beri pada orang lain untuk di jaga...

Setelah berbincang dengan En. Zahirudin dan mak Speaker.. akhirnya capai kata sepakat supaya mak Speaker yang jaga Rizqi sehingga di rasakan sesuai untuk di letakkan di taska terdekat... Dah sesungguhnya manusia yang paling gembira adalah mak Speaker kerana dapat menjaga cucunya lagi..sebab cucu pertamanya (anak kakak) telah pun masuk taska di Kuala Lumpur setelah hampir 2 tahun setengah beliau menjaganya...

Speaker pun rasa senang hati juga sebab mak sendiri yang jaga anak kita, sebab kalau beri kat orang yang kita tak kenal sangat ni ..agak cuak juga..tapi ni pendapat Speaker sahaja..pendapat orang lain-lain.... so...sekarang Speaker hanya berdua jelah dengan En. Zahirudin kat umah..(tu pun tak selalu sebab waktu kerja kami adalah amat berbeza sekali...).

Buat anak kesayangan mama ni... janganlah nakal-nakal...
Buat mak ..terima kasih banyak-banyak...
Buat abah.. terima kasih banyak-banyak sebab membantu mak....
Buat suami ... terima kasih kerana memahami....

Tiada ulasan: