Hari ini di Jabatan Speaker mengadakan majlis Jamuan Hari Raya dan Deepavali sekali..malaslah nak tulis panjang-panjang.. tengok jelah gambar dan antara menu yang dihidangkan adalah...
1) Kek dari Secret
2) Soto
3) Satey
4) Nasi beriani (rasanya)
6) Ayam berempah
7) Meehon goreng
8) Roti jala - Kuah Durian dan Kari
9)Lemang
10) Rendang daging
11) Buahan
12) Kuih muih
13) Cookies
14) Dan banyak lagilah.....
Gambar Speaker dapat ambil sebelum acara bermula sahaja..sebab lepas tu leka dengan makanan dan bergossip sesama rerakan...he..he...oohh..ya...air rasanya sirap limau..ye ke pun...
Antara gambar yang sempat di rakam..acara belum mula lagi..tapi memasing dah tak sabar dah melihat hidangan yang sedap-sedap belaka....
Untuk pengetahuan semua, majlis kali ini lebih bermakna kerana Timbalan dan Penolong Gabenor juga turut hadir memeriahkan majlis. Terima kasih Dato' Zamani Abdul Ghani (DZAG) dan Dato' Mohd Nor Mashor (DMNM) kerana hadir di majlis kami ini.....
Gambar ni sepatutnya letak memula..tapi bolehlah... ni adalah antara dekorasi yang boleh dilihat di opis kami sempena hari raya ni...simple but nice....
Adioss.. perut dah kenyang..apa lagi mengantuk lah jawabnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan