Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Isnin, 10 Januari 2011

Hujung minggu yang Sakit...

Sapa lagi kalau bukan Speaker....minggu lepas dari hari Jumaat perut dah rasa semacam jer...tetiba apa yang dimakan akan dikeluarkan semua...lepas tu perut memulas-mulas dan kembung....lepas tu balik ke umah MIL pun masih lagi 90% masa dalam tandas...tak tahan terus jumpa doktor dan guess what...memang sah kena jangkitan cirit-birit....dah longlai dah rasanya badan..asyik membuang jer...tapi yang di buang hanya angin dan air..ialah nak makan pun tak lalu..sebab akan muntah semula...eeei...tak best langsung....

Cirit-birit


Apakah itu cirit­-birit?

Cirit-birit adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh :

jangkitan kuman seperti virus,bakteria dan parasit
alahan makanan
ubat-ubatan
pengawet makanan
pemakanan kimia

Organisma yang boleh menyebabkan cirit-birit berlaku ialah melalui pemakanan makanan dan air yang tercemar. Di anggarkan terdapat 4000 juta kes cirit-birit yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 1996 yang menyebabkan 2.5 juta kematian.

Tanda-tanda

Bagaimana saya mengetahui yang saya mengalami cirit-­birit?

Cirit-birit di definasikan sebagai najis yang lembut atau berair yang lebih kerap dan banyak daripada biasa. Ia akan diikuti dengan tanda-tanda lain seperti :

Sakit dan kekejangan perut
Loya dan muntah
Keletihan
Demam
Komplikasi

Adakah cirit­-birit berbahaya?

Cirit-birit yang teruk mengakibatkan dehidrasi (kekeringan akibat kehilangan air) dan sekiranya mengandungi darah ia dikenali sebagai disenteri. Jika tidak di rawat, ia boleh menyebabkan kematian.

Rawatan

Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya mengalami cirit­-birit?

Kebanyakan kes cirit-­birit akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Untuk mencegah dehidrasi dan mengurangkan tanda-tanda cirit­-birit, lakukan seperti berikut :

Minum banyak air.
Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat dengan beransur­ansur
Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan bahan makanan yang mempunyai bahan pengawet yang tinggi.
Elakkan kafein dan alkohol.

Jika cirit-birit berterusan sekurang-kurangnya seminggu atau jika anda mengalami dehidrasi atau najis yang mengandungi darah, sila berjumpa doktor.

Tanda-tanda dehidrasi adalah :

Haus yang berlebihan
Mulut dan kulit kering
Kurang atau tiada air kencing
Keletihan yang teruk
Pitam
Kulit menjadi gelap

Cirit-birit dikalangan kanak-kanak lebih mudah mengalami dehidrasi. Sila berjumpa doktor jika cirit-birit berterusan lebih dari 12 hingga 24 jam atau bayi anda mengalami :
Lampin kering dalam masa 3 jam atau lebih
Demam panas
Najis mengandungi darah atau berwarna hitam
Mulut kering atau menangis tanpa air mata
Kerap tidur, tidak aktif, mudah meradang
Perut, mata atau pipi yang cengkung
Kulit yang tidak tegang / kembali ke asal sekiranya di cubit.

Jika doktor mengesahkan cirit-birit disebabkan ubatan / pemakanan, anda perlu hentikannya.

Doktor akan memberikan antibiotik jika cirit-birit disebabkan parasit atau bakteria. Tetapi ia tidak berkesan dalam jangkitan virus .

Pencegahan
Apakah yang boleh saya lakukan untuk mencegah cirit-birit?
Berikut adalah cara-cara mencegah jangkitan cirit-birit:

Cuci tangan sebelum makan
Makan makanan semasa masih panas, yang disediakan dan dimasak dengan betul.
Elakkan daripada makan buah-buahan, sayur-sayuran yang belum dibasuh dan elakkan dari makan makanan tenusu atau daging mentah. Basuh sayuran dengan bersih atau makan buah-buahan yang telah di kupas .
Elakkan makan makanan yang anda alah dan ubatan yang menyebabkan cirit­birit.
Minum air dari bekalan air bersih, di botolkan atau air yang telah dimasak. Elakkan minum minuman keras dan berkafein kerana cirit-­birit boleh bertambah teruk.
Pastikan anak anda berada dirumah semasa mengalami jangkitan cirit­-birit

Kumpulan sokongan

Hubungi klinik kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Untuk dan layari laman web : http://www.who.int/topics/diarrhoea/en/
 
Sekian...
 
 

Tiada ulasan: