Semenjak 2 menjak ni ada satu perasaan yang tidak begitu di minati selama ini....iaitu ada perasaan suka dan tak suka...ada ketika macam suka jer sentiasa..tapi tup-tup lepas tu terus tersentap sendiri....macam-macam di fikirkan...antaranya tentang sakit yang melanda diriku ini....ada ketikanya rasa macam nak terjun dari bangunan, duduk kat landasan keretapi biar kena langgar...minum racun ker...macam2lah perkara negetif terlintas untuk menamatkan nyawa sendiri....
Tapi...sebagai seorang yang masih ada iman dalam diri...tahu membezakan perkara - perkara baik dan buruk..bersabar adalah jawapan yang sering diperkatakan oleh orang sekeliling...SABAR..SABAR..dan SABAR...
Kalau difikirkan kembali..mungkin ini cara Allah untuk mengingatkan Speaker bahawa hidup di dunia ni kalau tak ada cabaran...tak gunalah hidup..ialah kalau semuanya berjalan lancar jer tanpa masalah...payah juga kan??
Air mata rasanya dah tak larat nak keluar dah...dah kering sebab selalu menangis menahan kesakitan...Speaker hanya mampu berdoa agar penyakit speaker ini tidak diwarisi oleh anak Speaker sebab ianya merupakan 40% adalah genetik yang mana boleh diwarisi oleh anak2 pesakit...minta di jauhkan...sebab Speaker tahu betapa peritnya sewaktu serangan kesakitan itu berlaku..terasa macam nak mati...
Speaker juga selalu berdoa agar Suami Speaker akan tetap berada di sisi Speaker untuk selama-lamanya..kerana tanpa beliau..tak mampu rasanya nak menanggung kesakitan ini sengsorang...
Sekian...sekadar luahan...


.gif)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan