Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Memaparkan catatan dengan label Aidilfitri 2014. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aidilfitri 2014. Papar semua catatan

Khamis, 7 Ogos 2014

Aidilfitri 2014 - Part 4

Selamat pagi...kali ni cerita pasal beraya di umah mertua pulak...alah..bukan jauh mana pun..Sg Besar jer...kat mana sungai besar?? Kat selangor jugak kaedahnya...kalau sapa pernah gi Kuala Selangor..terus jer ke depan..sampai jumpa Tanjung Karang..terus lagi sampai jumpa Sekinchan..dan terus lagi mesti jumpa Sg Besar...

Bila sampai umah mertua pada tengahari raya kedua...dah salam dan peluk cium segala..terus masuk dapur dan buat air banyak2...senang cerita..makanan memang tak heran dah nak buat sebab semua dah diprepare oleh kakak ipar yang balik dari oversea tahun ni..tukang masak katanya..setakat masak untuk 1 kampung no hal...so tahun ni menantu lain hanya duduk relax jer...paling teruk pun basuh pinggan...sap sap soi...

Gambar family banyak ditangkap..tapi sayangnya guna kamera godang abang dan kakak ipar...diorang belum hantar lagi gambar2 tu..yang ada dalam telefon speaker dah tentunya gambar speaker sesaja..so korang layanlah yea...


 
Ni tengah lepak tunggu orang nak datang kat luar...
 
 
Close up sikit muka sebesar talam...
 

 
Lepas tu..En suami ajak beraya umah kakaknya selang beberap rumah aje...takkan nak datang tangan kosong...pergilah ke pekan Sg Besar jap...beli kek ni hah..murah jer kot..baru RM18.00..sedap pun sedap...


Ok..ni dah masuk pagi raya ketiga...seperti biasa bila raya ketiga adalah masa untuk baraan wanita semuanya...maknanya di sini...hari ini adalah hari wanita sahaja pergi beraya untuk satu hari dan untuk 1 kampung...seperti tahun2 lepas..rumah mak mertua akan jadi rumah pertama...so tahun ni kakak ipar dari oversea telah memasakkan kuey tiaw goreng untuk santapan tetamu..ramai juga yang datang..dalam 100 orang mungkin...
 
Speaker setakat tolong2 kacau kat kuali jerlah...yang lain masing2 dah ditugaskan kerja yang berbeza...mak seronok jer semua dia tak perlu buat..jadi mandor. Cuma yang sedihnya tahun mi mak tak boleh nak join beraan sebab tak habis edah lagi...
Ni sempat posing sekejap sebelum tetamu datang menyerang..ha ha...dan soalan paling bayak ditanya tahun di tak lain dan tak bukan adalah...BILA NAK TAMBAH ANAK LAGI??? huh..takkan lah tak de soalan lain dalam dunia ni selain dari soalan tu...cuba tanya macamana nak jadi gemuk ker..macam mana nak kaya ker kan??


Lepas selesai majlis baraan pagi tu..dalam pukul 11 pagi..mak ajak gi ke Chenderong Balai, Perak sebab nak beraya rumah kakak dia kat sana...kitaorang berkonvoilah 3 kereta ke sana...dalam pertengahan jalan semua nak isi minyak...jem you alls jalan nak ke Teluk Intan...Speaker sempat sambar beg makanan ni..murah jer RM9.00 kat Shell.
 

So dalam beg ni ada 4 biskut..2 milo dan air mineral water..murah lah kot..

Tengok2 milo akan di takluki oleh ini budak..kalau ada 5..lima2 dia akan bedal...lepas tu nak baung air besar susah..kena pulak beli vitagen untuk melawaskan perut..tak pun belikan yougurt pun ok...

 
Ada macam rupa artis tak?? Bukan mukanya tapi specnya....ha ha...nak jugak spec mata yang warna warni ni...

Aceh ceh..lain posisi pulak...nampak licin gilenya muka saya (nampak jerlah) dalam gambar ni...takde make up tau..cuma pakai Tabita jer...eh promosi pulak....

Sengih pulak...ni ketika nak balik umah mak mertua dah selepas beraya..pergi satu umah jer..tapi perjalanan yang lama...dari pukul 11.00 pagi sampai umah mak pukul 5.30 petang...sebabnya sempat dihidang makanan tengahari lagi..singgah ke mastan ghani lagi...campur sembahyang bagai...ialah ramai kot yang pergi so memang lamalah kalau nak buat apa2 benda pun...

Bila dah sampai kat umah mak mertua semula..Rizqi dah merengek nak main kite..Alah hai..nak main kitelah pulak...En Suami layankan ajer..jom katanya kita pergi ke BNO (Bagan Nakhoda Omar)...dalam 10 km jugaklah nak ke tempat main layang2 ni...banyak angin kat sana..ialah kot tepi pantai...

Tu hah sayup kat atas layang2 nya...angin pun bagus..cuaca pun bagus...

Seronoklah dia di hari raya main layang2..apakah? Lepas main layang2 en suami ajak makan pulak..layankan aja...nasib ada kedai tomyam yang bukak..belasah jerlah makan..walaupun rasa so so jer...janji kenyang...
 
Sekian..

Rabu, 6 Ogos 2014

Aidilfitri 2014 - Part 3

Assalamualaikum...sambungan dari entry lepas...raya pertama di Meru meriah dengan kedatangan saudara mara dan sahabat handai adik beradik. Memang setiap tahun mak akan masak ketupat pulut dan rendang ayam pencen dan daging...(tapi setiap tahunlah jugak lupa nak snap gambar..).

Biskut pulak mak akan buat semperit, tat nenas (sedap you alls) dan mazola. Bahulu pulak ikut mood. So anak2 dan menantu ni pulak dok tambah2 lagilah sedikit sorang kuih. Sampai ke malam jugaklah tetamu datang bersilih ganti..oleh kerana cuaca panas..berbungkus2 ais dibeli..sebab tak cukup..buat jer air sirap ker, oren ker, waima air gas pun licin di minum.

 
Gamabr di snap selepas semua pulang dari sembahyang raya...mak di apit oleh anak2 perempuan dan satu2nya menantu perempuan...mak dah jadi comel dah...anak2 badan kemain memasing...huk huk..

Ni dah lain sikit posenya...

 
Dah start dah..

Eh..dah normal balik...

Ni dah salah anak dah ni..baju pun tak sedondon..waktu gambar dengan kitaorang dia tengah sentap..tup2 nak masuk family adik lelaki speaker pulak..layan kan aja...

 
Alahai..kesian mak kena himpit dengan kitaorang...tu ada kepala entiti mana tah dah masuk dalam gambar ni...kekaburan sungguh....

Kitaorang semua sayang mak sangat2...eh..abah pun kitaorang sayang jugak..cuma abah tak minat nak bergambar...segan katanya...

Ni keluarga satu2nye adik lelaki dalam family speaker...tahun ni sorang anak..tahun depan insyallah dah berdua..suka jer nak dapat anak buah baru...

Budak ni pulak namanya Iman..adik kepada Zaid (gambor nan ado)..dia ni anak kedua kakak speaker..punyalah hyperaktif...tak mahu duduk diam walau sedetik pun..ada jer kerja dia nak buat.

Ni dah malam raya pertama dah..tu sebab semua dah pakai t shirt jer...semua terbongkang lepas tu..penat kot..keesokkannya memasing balik rumah mertua...adik lelaki balik Kedah..Speaker pulak balik Sg Besar, Selangor...dekat jer...
 
Sekian

Selasa, 5 Ogos 2014

Aidilfitri 2014 - Part 2

Part 2 - kali ni nak cerita pasal aidilfitri 2014 yang mana giliran kali ini adalah di rumah speaker...so seperti biasa akan sampai ke rumah mak sehari sebelum raya..(padahal rumah mak dekat jer..kat klang jer pun)..motif sampai sehari sebelum raya sebab nak kemas rumah sendiri dulu sebelum bercuti panjang..ialah nanti dah seronok2 beraya lama..tup2 balik rumah tengok bersepah..huh...sakit kepala nanti..biarlah rumah semenggah dulu baru nak bercuti lelama takpe...


 
 
Tahun ni En Suami bermurah hati nak sponsor langsir kat umah kami...ialah kot..dah 5 tahun pakai langsir sama jer..warna pun dah pupus dah..tapi sebagai isteri yang baik..malaslah kan nak minta2..orang dah offer mestilah nak..ceh...


Ni gambar semasa raya pertama..speaker ditugaskan untuk menajga bebudak ni kat umah kerana "bendera merah" sudah datang...so orang lain pergi sembahyang raya..speaker jadi baby sitter...
 

Lagi gambar budak ini...Affan nama diberi..susah nak tengok dia senyum...

Tengok jerlah gelagat 2 sepupu ni..macam tak bertegur sapa jer kan? Padahal baru jer bergomol...


Lagi gambar  mereka berdua...
 


So..speaker pun buat2lah air kengkalau ada tetamu nak datang...tapi apakah air sirap ais dipagi hari...mampo??

 
Oh..sedapnya sirap ais ni..jangan tak percaya..sekejapan jer dah habis..

 
Lagi..sirap ais..

 
Sorang duduk atas..sorang duduk bawah...

 
Muka pasrah jerlah tunggu lama untuk semua orang balik dari sembahyang...

Speaker pun boring...so marilah kita tangkap2 gambar bersama bebudak duaorang ni...

Games memang tak pernah lepas dari tangan dia...ish..ish..

 
Budak belakang tu dah macam anak tiri dah..hik hik..main selit2 jer bila tangkap gambar...

 
Oh..sila abaikan muka saya yang bulat macam duit syiling tu.

 
Ha...ni dah nak senyum sikit...comel jer..memanglah selalu kena cubit budak ni...


Aik..dah hilang senyum pulak..

Ha..dah senyum balik...alah2..comel sangat awak ni..mak ngah gigit baru tahu..

Lepas semua balik dari sembahyang raya..sesi bermaafan bermula..nangis2 dan peluk cium..lepas tu happy semula...sesi tangkap gambar pulak untuk setiap keluarga yang ada...untuk entry ni letak gambar family saya dululah yea...

Susahnya nak ajak budak ni bergambar..tak mahu duduk diam...



lagi..kali ni dia pandang bawah pulak...
 

Bergambar berdua dengan En Suami adalah wajip...

Lagi..

Lepas tu En Suami sibuk nak bergambar sendirian..apakah motip??

 
Sebab apa tulis nama? Ialah kang tersalah bagi orang lain kang..meraung tak berlagu..sebabnya untuk mak dan abah dah tentu paling banyak RM nya..untuk anak2 buah..semua adil dapat RM50 seorang..nasib ada 3 orang jer..kalau 30 pengsan jugak...ha ha...
 


 
Untuk entry Aidilfitri 2014 Part 2 ni Speaker sudahi dengan gambar kami sekeluarga (korum tak cukup..sebab family kakak sulung tak ada..dia datang lambat dan gambar Rizqi pun takde sebab tengah merajuk sebab kena marah..)
 
Sekian
 

Aidilfitri 2014 - Part 1

Assalamualaikum dan selamat pagi...oleh kerana tajuk pun Aidilfitri..so entry kali ni akan cerita pasal aidilfitri jerlah kot yea...tapi nak masuk jugaklah entry2 yang bukan aidilfitri...ada saya kisah..hik hik...

Kejadian ni berlaku beberapa hari lagi kot nak raya...yang herannya puasa kali ni tekak speaker asyiklah nak makan Nando jer...tak tahu kenapa...tapi the problem is..Rizqi ni memang tak suka makan Nando..dia lebih prefer nasi kat Kenny Rogers lagi...so dalam usaha nak memujuk supaya duduk diam dan kami boleh berbuka puasa dengan aman, speaker pun belilah patung transformers ni untuk dia..sekurang-kurangnya dia akan lekalah dalam tempoh agak lama dengan mainan baru ni....

Budak tak puasa ni pun sebuk nak minum ice coklat..layan..janji kami tak diganggu...

Lagi aksi beliau sedang minum air dengan penuh kusyuk...

Nasik dia tak makan dulu..dia kata dia puasa...ekkk??

Encik suami ambil set ni..saya pun sama..cuma bahagian ayam saya bahagian sayap dan dada...kalau bagi peha..memang saya tak boleh makan...tak suka..

Antara sos yang ada di setiap meja...tapi kena kongsi jugak sebab tak cukup..huk huk...

Sibuklah Rizqi suruh snap gambar kotak transformers ni..nak buat apa tak tahu...sebabnya keluar jer dari Nando ni..terus buang...

Lagi gambar transformers...
 
Lepas berbuka terus balik...lepas solat semua terus tidur...ish ish...not good.
 
Sekian.