Pada suatu petang yang permai 2 minggu lepas...speaker dan en suami berjalan2lah berdua duan di festival City (waktu ni Rizqi Rayyan ada kat kampung)...niat hati nak beli basikal senaman...tapi benda lain yang dibelinya...Tetiba beli hadiah untuk En Suami sempena hari bapa (walaupun sebelum ni buat tak tahu jer..he he)
Lepas dah penat pusing keliling..singgahlah sebentar kat Sakura Kristal ni...sebelum ni dah banyak kali lalu lalang..tapi tak de nafsu pun nak masuk....hari tu..kitaorang tengok ramainya orang kat kedai ni...so tanggapan kita orang...kalau ramai orang tu..maksudnya sedaplah kot...manalah punya teori kitaorang dapat ni...
Duduklah kami...tak sampai beberapa saat..sampailah waiternya...lepas tengok2 menu..sepakatlah kami untuk memilih..kuey tiau goreng daging dan encik suami pula yee mee daging kot....air pulak ais kosong dan encik suami ice lemon tea...
En Suami yang happy dapat hadiah....
Close up sikit...menyelerakan...dan banyak sungguh...
Inilah dia kuey tiau goreng daging itu..nampak simple jer..tapi rasanya sedap sesangat...tambahan pula di makan ketika panas...perrgghhhh...nangis you alls...lagi satu kat sini..servis memang terbaik..cepat jer...tapi tak tahu lah pulak kalau datang lagi sekali servis lambat pulak...
Kalau sesiapa datang ke Festival City kat Danau Kota tu..singgahlah sini yea untuk mencuba makanan mereka...harga..bolehlah tahan..tak mahal dan tak murah..tengah2...
Sekian
2 ulasan:
terbaeklah kuay eow daging tuh... nanti boleh cuba nie
boleh..boleh..terima kasih singgah blog saya...blogger terkenal tu.
Catat Ulasan