Bila sebut Zoo Negara mesti kita terbayangkan binatang2 kan? Macam tu jugak Rizqi..asyiklah merungut bila nak gi Zoo ..bila nak gi Zoo...kalau ikut sejarah pemergian ke Zoo ni kan..rasanya last datang sini waktu sekolah rendah..punyalah lama giler...sedangkan zoo dengan wangsa maju buka jauh pun...
Tulah yang terjadi bila mamanya adalah seorang yang malas sangat nak berjalan di tengah panas dan jauh..kalau shopping mall tu boleh pulak tawaf 7 kali...sebab apa? Sebab ada aircon..hik hik...
So saksikanlah gegambar yang sempat di ambil..tak banyaklah binatang dalam ni sebab sedang ada renovation besar-besaran kat sini...lagi satu harga tiket adalah RM30 dewasa dan RM10 untuk kekanak...kalau rasa nak gi sini nak bawak bekal boleh..beli jer kat gerai dalam ni pun boleh...cuma kena tahan bauan sikitlah kan..ialah bau binatang...sedangkan manusia ada bau inikan pula binatang....
Pnti masuk..kalaulah sesat jugak tak tahu..sebesar alam kot...Rizqi beriya baca map..paham ke tak lantakkan sana...
Kita boleh beli goodie bag kat sini..tak mahal pun RM10 jer...so dapatlah map for kids, note pad, calendar dan paper bag...lepas tu ada cabutan bertuah..bolehlah pilih barangan lain2...Tu kalau lapar dan dahaga boleh singgah kat kedai nama Hari Harimau...kalau buang hari tu..mau tinggal harimau jer..takkan ada orang yang singgahlah kot..takut.
Ni barangan yang ada kat dalam goodie bag itu...cute jer
Ni jer gegambar binatang yang di ambil..lepas tu dah tak sanggup..panas kot.
Ni tengah tunggu persembahan dari singa laut betina dan jantan di samping burung, ular dan spesis macam beruang...dalam 1 jam jugaklah...enjoy2 jer bebudak...persembahan akan bermula dan pukul 11.00 pagi dan 3.00 petang kalau tak silap.
Ni tengah bosanlah ni...eh termasuk pulak gambar couple kat belakang tu...
Oleh kerana mama dah tak tahan dengan panas dan malas nak jalan..en suami pun belilah tiket untuk naik Tram ni...tu pun macam dukacita jugaklah..dah jalan jauh ke dalam baru tahu tiket tram ni dijual kat kaunter hampir dengan pintu masuk..apakah tidak dinyatakan awal2 tiket tram dijual di pintu masuk?? So ramailah orang ingatkan Tram ni free..No..no..no...kena bayar RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kekanak..masa pulak dalam 15 minit dan ada persinggahan di tengah2 zoo..so boleh naik dua kalilah tram ni dengan menggunakan tiket yang sama....
Ni tengah tunggu abang driver tram untuk start jer...panas giler kot walaupun baru pukul 11 lebih...Overall Rizqi memang happylah kan dapat tengok Gajah, Zirafah, Badak,Buaya, Ular, Harimau Putih, Lembu, Kerbau, Ikan, Burung dan lelain haiwan yang ada di bumi ini...lagi satu yang dihappykan sangat dapat pau mama beli spec matalah..topilah...airlah rotilah dan macam2 lagi...
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan