Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Isnin, 31 Mac 2014

Chicken Pox pulak...Kesian dia...

Tahun ni memang tahun yang agak tidak sihat bagi Rizqi Rayyan.. dengan mana pernah kena demam panas sampai masuk wad, sakit matanya dan sekarang kena chicken pox a.k.a demam campak pulak...memang kesian dengan dia...tapi Speaker yakin dia seorang anak yang tabah dan kuat...walau sakit macamana pun..dia masih kekal aktif..takdelah nak melepek jer...main tetap main..melompat tetap melompat..cuma time nak makan ubat jadi susah...sebab dia tak suka makan ubat...

Untuk chicken pox kali ni ubat yang diberi oleh doktor ada 3. Satu ubat demam...satu ubat tahan gatal dan satu ubat sapu...tang ubat sapu tu lah paling seksa sekali nak dibuat...lepas mandi dan lap badan kering2 kita nak sapulah ubat kat tempat chicken pox tumbuh..dibantainya berlarilah..melompatlah dan sebagainya...kenalah pujuk atau marah dgn serius baru diam....so sapu cepat2 dan suruh dia duduk bawah kipas untuk keringkan ubat..berbogellah dia..hik hik...

Untuk ubat makan pulak...tetiba dia suka sangat dengan ubat tahan gatal sebab berperisa sirap...siap nak makan banyak2 biar baik cepat...apakah??

 Ni sewaktu makan pagi di Mid Valley..dah perasan dah ada bintik2 kat muka dia...
Tapi dia masih ligat lagi...so ingatkan kena gigit dgn semut..huk huk...

Surat sakit dari doktor...so tambah lagi seminggu cuti sekolah....

Ni di malam hari...baru lepas ber 3G dengan opah..bagitahu dia kena chicken pox...muka dah bertompok2...kat belakang badan dan kawasan sulit dia penuh dgn cecair bintik merah..kesian tengok dia nak berjalan susah...mujur dah tak pakai pampers lagi..kalau tak lagi sakit...

Ni papanya bawak balik kelapa..suruh dia minum biar semua keluar dengan cepat...bersungguh2 minum...sebab dia nak gi scholl katanya..nak jumpa teacher dan kawan2...alolo...
Semoga anak mama cepat sembuh yea...sayang Rizqi Rayyan sangat-sangat...
 
 
Sekian.

Tiada ulasan: