Salam sejahtera dan salam Jumaat semua,
Pagi ni adalah sorang dari rakan sekerja kami yang telah dimasukkan ke Hospital dan bakal dibedah kerana masalah tulang belakang...so supervisior staf tersebut pun beritahu lah kepada rakan2 lain mengatakan si polan ni akan dibedah pukul berapa...so settle.
Yang nak dijadikan cerita pulak adalah sorang lagi mamat ni pun ada sakit yang sama dan selalu jugak masuk sepital dan kisah dia takde sapa yang nak war-war kan. Sebab apa takde yang war-warkan..sebabnya bila kita tanya bilik mana, sepital mana, tarikh masuk bila tak pernah nak bagitahu. Bila call tak pernah nak angkat, bila sms tak pernah nak balas. Lepas tu kat Facebook pun tak beritahu apa2 pun.
Tup-tup nak sentap kat kitaorang sebab war-warkan perihal kawan kat atas tu jer..siap beritahu sepital mana, bilik mana dan nak operate pukul berapa....sebabnya boleh diwar2 kan adalah staf tu memang bagi maklumat lengkap dan bila orang call akan jawap dan beritahu segalanya dgn jujur. So kita dah minta izin untuk war-warkan pada semua..kita war2kanlah...Nanti kalau orang nak melawat pun senang kan?
Itulah sebabnya mamat yang kedua ni tadi ada sentap dan update status..."bila orang lain masuk sepital, sibuk beritahu segalanya..tapi bila dia masuk hospital takde sapa yang nak beritahu"..
Kalau korang pikir semula..salah siapa sebenarnya??? Yang nak jadi cerita kelakar..semua komen untuk statusnya tu..dia komen sendiri..so apakah???
Peninglah lu der....itulah saja karangan saya untuk kali ini dengan tajuknyer..peninglah lu der....
Sekian.
1 ulasan:
biaq dia pening sorang2.. hehee
Catat Ulasan