Selamat pagi....kali ni nak story pasal Bagan nakhoda omar pulak..terletak hanya sekangkang cicak jer dari kampung halaman En Suami...selalu kami singgah sini kalau balik kampung pada hari Sabtu..so orang memang meramailah kan..tapi kali ni kami pergi pada petang Jumaat..so keadaan lenggang jer...ialah orang belum balik kampung lagi..cer hari Sabtu...macam pesta..
Sebenarnya tak delah apa yang happening pun kat sini (walaupun hati tergedik2 nak pergi)...boleh tengok pantai yang tak boleh mandi dan tengok bot2 bawa ikan dan hasil laut lain...lepas tu nuunnnn dikejauhan boleh nampak kelong tempat orang nak pancing ikan dan boleh bermalam atas laut.
Lagi satu kat sini yang popular adalah satu kedai ni semua makan dia ada udang...nasib laksa tak de udang berekor2..kalau tak dah jadi laksa udang namanya..tapi kan..otak udang ada gak..so..bolehlah laksa udang...menu popular adalah mee udang sudah semestinya dan nasi goreng udang kot..off courselah I ni tak makan seafood segala ni..yang suka ke sini tentulah En Suami..dia kaki seafood...so kalau speaker ke sini order ABC jerlah...tapi kawasan sekitar adalah jual burger, goreng pisang, keropok dan ice blended.
So gegambar kat bawah ni sewaktu kejadian air surut....sampai leh pergi ke tengah dah...Sebagai budak bandar..Rizqi memang teruja lah kan..boleh kutip shell katanya..lepas dah kutip gi basuh kat air..lepas tu lempar balik ke dalam air..apakah?
Nampak tak? Sesi tengah mengutip shell...
Tetiba tertangkap pulak matahari yang nak terbenam dah
Eh..kenapa semua gambar belakang jer ni??
Kan?? Surut giler air...
Errr...nak letak cerita apa yea kat sini...
Dah dah..jom balik..dah nak magrib dah ni...
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan