Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Selasa, 16 April 2013

BAIK atau BODOH??

Alkisah bermula macam ni..dah selalu sangat dengar En Suami menceritakan perihal salah seorang rakan dia yang sama2  berniaga di Uptown Danau Kota...Ada sorang ni...duluuuuuuu...dia pernahlah bertunang dengan sorang perempuan ni...semua perempuan tu nak dia tunaikan...sampaikan duit kereta atas nama dia tapi perempuan tu pakai dan dia bayar bulanan..sanggup tu..ialah tengah bercinta kan..semua wangi dan elok..lepas tu bertunang..ha kau hantaran perempuan tu letak RM12K serba berdiri kalau tak silap....

Bab hantaran tu memula kita orang memang terkejutlah kan..ialah..kalau anak dara sunti tu takpelah...dan kalau berpendidikan tinggi ker apa ker kan..ni setakat kerja kat kedai handphone..lepas tu SPM pun tak lepas..lepas tu dah kena "tebuk" dengan tut..tut..(sama jenis)  lagi..dan dengan mamat tu pun sekali pernah menebuknya...so..apakah yang perlunya untuk dibayar mahal giler itu...Tapi..si mamat ni degil..tetaplah bersetuju....so sepanjang pertunangan mereka tu...banyaklah mamat ni mengomel kat En Suami...yang dia kena belikan barang dapur rumah itu perempuanlah..mak bapa perempuan tu paw duitlah..sehinggakan majlis perkahwinan nanti kedua2 belah pihak dia kena bayar...apakah???

Tapi..tak berapa lama tu...pertunangan mereka putus disebabkan masalah kecil jer kot..So dah reda sekejap...tup-tup baru2 ni dengar nak bertunang pulak lagi dengan aweks lain..tapi masih memerlukan dia untuk menanggung kos bertunang, berkahwin dan segalanya..dan yang lebih best...belum ada apa2 ikatan dah kena bagi nafkah dah..RM15 sehari...aiiikkkk??? Rasanya kita yang berkahwin baru dapat nafkah ni dari suami kan??

Bila Speaker tengok mamat tu..kesian pun ada..rupa ada..kerja pun ada...cuma kengkadang tu terfikir..budak ni dah kena mandrem kot...senang sangat percaya pada seseorang perempuan yang cantik..
duit pulak mengalir jer kat perempuan2 itu...so korang rasa apa?? BAIK atau BODOH??

Sekian.

Tiada ulasan: