Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Khamis, 21 Februari 2013

Sakit..

Ini adalah definasi SAKIT yang Speaker ambil dari En Google - Kesakitan ialah pengalaman deria rasa dan emosi yang tidak selesa, dikaitkan dengan kecederaan tisu yang benar-benar berlaku atau yang mungkin berlaku atau digambarkan dalam bentuk suatu kecederaan.

Ya betul..bila kita sakit memang yang ketara adalah deria rasa dan emosi yang terganggu...contohnya semalam....arthiritis Speaker menyerang kembali...seawal pagi dah kaki kebas dan berat dan nak bangun dari katil pun payah...tapi gagah jugak sebab nak pergi kerja...tapi En Suami cadangkan kita ke klinik dulu check mana patut..dengan berpakaian kerjanya..singgahlah klinik 24 jam kat Gombak...check punya check..ha..ambik kau BP adalah 173/100 - dah tahap HYPERTENSION...giler terkejut doktor....

Doktor siap jerit..ambil ubat ni dan balik sekarang dan TIDUR. Lepas tu siap bagi STERIOD lagi untuk menenangkan kesakitan urat tangan dan kaki....apa lagi..dah doktor cakap macam tu En Suami cuaklah kan..ialah kang something happend kat bini tersayang dia..sapa yang susah...memula tu macam degillah sikit..alah saya ok lah..tapi dia terus pandu balik umah..mak pasrah you allz...

Sebelum sampai umah En Suami singgah beli nasi lemak lauk ayam goreng dan telur goreng..umakk aii..kolesterol...tapi memang berbaloi sebab Speaker tidur dari 10.00 pagi sampai 8.00 malam baru bangun...huh..giler penangan ubat. Dah bangun pukul 8.00 malam tu tengok keadaan umah bersih dan teratur jer...aiikkk...baik pulak si Rizqi hari ni (dalam hati bangga sekejap)....

Lepas tanya En Suami..mana tak kemas...baru jer settle semua selerak sewaktu Speaker tidur...sebab En Suami tak nak Speaker pening bila bangun tengok rumah sepah2...alah..sweet jer...memang Speaker tak tahulah kalau En Suami takde...sapalah nak jaga Rizqi...

Untuk En Suami tersayang...terima kasih yea sebab sudi melayan karenah Speaker ni..banyak sangat sakitnya...huk huk...(nak kena beli somethinglah kot untuk dia..tanda penghargaan)...

Sekian.




Tiada ulasan: