Hai allz...
Pelakon-pelakon adalah:-
Suami - watak orang yang kena marah
Isteri - Watak orang yang marah
Tarikh : 28 Februari 2013
Masa : 3.00 pagi
"Usaha dengan doa..masanya akan tiba"...tetiba terdengar deringan handphone yang memang terletak disebelah katil..tertancap pada nama "Papa"....orang yang memanggil...
Suami : Mama....(sambil suara agak perlahan)..
Isteri : Yea papa..ada apa? Ada hal ker (sebab call pagi giler kot..mestilah hati seorang isteri gelisah..kot
anything happend kat suami tersayang...
Suami : Tak...papa nak email address mama jer...nak booking something...
Isteri : Ha?? Call pukul 3.00 pagi semata-mata nak email address jer...macamlah tak sempat nak balik
umah tanya. Tak pasal-pasal dah takleh tidur sebab dah terjaga pukul 3.00 pagi...orang nak
bla..bla..bla...takkan tak boleh tunggu bla..bla..bla...
Akhirnya pukul 5.30 pagi suami sampai umah (selepas selesai berniaga di Uptown Danau Kota)...si isteri terus membebel dengan alasan disebabkan dia isteri tak boleh tidur segala...nanti kat opis letihlah apalah...si suami pasrah sebab tahu salah dia...
Selepas 2 jam berlalu (bila isteri dah sampai kat tempat kerja)..tetiba perasaan bersalah tiba...ish..tak patutlah marah suami sampai macam tu sekali...bila fikir..dia buat booking tu pun sebab nak surprise kan isteri sempena harijadinya yang bakal tiba....
Sudahnya...pukul 10 pagi tadi sms minta maaf dan telah dimaafkan..balik nanti kena belanjalah orang yang kena marah pagi tadi dengan amaran keras...jangan sesekali telefon pagi-pagi buta kecuali kecemasan...seriau tau tak dapat panggilan pagi-pagi....
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan