Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Isnin, 5 November 2012

Selamat Pengantin Baru...Eddy & Aida...

Ini jer gambar yang ada sewaktu hari kejadian perkahwinan mereka..bukan tak nak ambil banyak gambar..tapi dok mengejarkan Rizqi kat Playground yang terletak bersebelahan dewan...sebab hujan...kalau cuaca elok Speaker tak kisah sangat biarkan dia bermain kat luar tu...ni hujan renyai dan panas..huh..kita yang tua kalau kena hujan panas gitu pun pening..inikan budak kecik....





Tapi serius..mereka berdua adalah sangat comel lomel...semoga mereka berdua kekal selamanya dan selamat menempuh alam perkahwinan yang banyak ranjau dan durinya...makanan sedap...cuma air sirapnya manis sikit...tapi apa susah..tambah air masak...ha..ha...dan brownies yang diberi sebagai door gift amatlah sedapnya dan lembut...tak berapa dan nak sampai umah dah habis licin....

Sekian.

Tiada ulasan: