Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Isnin, 29 Oktober 2012

Manggaribut...tahu tak apa tu??

Speaker tahu pun bila tengok filem Apa Celop Toqq minggu lepas bersama En Suami dan Rizqi...tapi sayang..tak sempat wayang habis..Rizqi minta keluar..sebab dia boleh kata...Mama...Boring...Ohh..apakah..budak baru 3 tahun sudah tahu tahap keboringan sesebuah filem...huh..ni lah akibatnya waktu mengandungkan dia dulu suka sangat tengok wayang...pantang cerita baru nak tengok..walaupun ceritanya tah hapa hapa tah....

So..jangan tanya saya apa kesudahan cerita ini...cuma ada beberapa babak yang akan membuatkan anda ketawa..tapi lepas tu dah lupa dah..apa dialognya yang boleh menyebabkan anda gelak...

Lakonan Hazama masih boleh diperbaiki lagi..macam Intan Ladyana, Azad Jazmin, Taiyuddin..mereka dah biasa dah bawa watak ni..so macam dah sebatilah watak mereka...Elly pun ok gak berlakon..berjayalah bawa watak Mamanya tu...

Speaker rasa watak Black lakonan Azad adalah paling kelakar...semua dialog dia memang kelakar..tapi harapkan dia jerlah..yang lain tu so-so jer lawaknya...

So perkataan yang paling banyak disebut ialah Manggaribut dan Korangjar..Kalau korang rasa nak menonton cerita arahan Ahmad Idham..silalah tonton...tapi pada Speaker sekadar untuk hiburan sekejap bolehlah...sebab dah banyak sangat dramanya kat TV...oh ya...sebab tengok cerita ni pun sebab filem lain majoriti adalah 18SG..dan amatlah tidak sesuai untuk bebudak bebaya Rizqi Rayyan...



Sekian.

Tiada ulasan: