Assalamualaikum semua...pagi ni nak story sikit pasal ada sorang staf kat sini. Dia memang seorang yang baik...dan agak cool jer orangnya...tapi satu perkara yang tidak begitu digemari ialah..beliau ni suka sangat "MC atau EL" pada hari Isnin dan Jumaat...
Bukan kata tak boleh sakit atau EL pada hari hari tu...tapi orang akan perasan dan mula berkata-kata....ni tujuan tulis kat blog ni pun sebab "BOSS" dia sendiri datang cerita dan bertanya macamana rekod dia terdahulu (sebab sebelum ni boss dia ni dari department lain)...
Speaker pun cakaplah..kalau nak tahu...boleh print rekod cuti dia tahun lepas dan tengok sendiri bagaimana...tapi pada pandangan Speaker yang dah lama kerja dengan dia...memang kitaorang dah lama perasan dah "patent" cuti dia ni...tapi malas nak kecoh...sebab mungkin sekarang hari dia ada masalah kan?? Cuma tak sesuai jer lah dia selalu buat macam tu...
Dia pun bukan tak de pangkat, ada...lain lah kalau seksitari cabuk macam Speaker ni....orang bukan kisah sangat pun...lagi pun kalau selalu buat perangai macam tu..banyak kerja tertangguh dan ini akan menyebabkan penilaian prestasi beliau tidak memuaskan.
Apa korang nak nasihat kan dia??
Sekian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan