Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Rabu, 18 Julai 2012

Aku memang EMO...bila..

Aku memang akan menjadi Emo..kalau tengok mak aku menangis....tak kiralah dia menangis sebab gembira ke..sedih ke... waima dia nangis sebab potong bawang pun aku boleh emo....

Tapi bila anak sendiri menyebabkan mak menangis...aku memang tak leh nak tolak ansur....ni sambungan dari entry sebelum ni...

Sedih tau bila mak cerita sambil nangis-nangis bertanya apa salah dia sampai anak sendiri sanggup tidak jengah dia di kampung...aku jawap kat mak aku....mak memang tak ada salah pun dengan kami.....dan setahu aku..memang mak tak pernah membezakan kasih sayang dia kat semua anaknya....

So..aku memang...memang...memang..tak faham..apa yang berlaku pada kakak aku yang menyebabkan dia jadi sebegitu....bukan apa...setitik air mata mak mengalir sebab terluka..kita ni dah boleh diIKTIRAF sebagai ANAK DERHAKA. Walaupun aku ni hukum hakam agama taklah setinggi mana...tapi bab-bab mak dan abah ni memang aku serius. Aku sentiasa ingat...tanpa MAK dan ABAH...takkan kita lahir di dunia dan dapat menikmati kehidupan di dunia ini...segarang-garang aku...bila mak dah mula menangis..aku secara automatiknya akan mengalirkan air mata....sedih tau...

Yang nak jadikan aku bertambah angin bukan apa...bila BESAN sendiri call bertanya kenapa anak menantu dah lama tak balik kat umah dia jugak....apa mak aku nak jawap???  Padahal lagilah dekat umah mak mertua kat Damansara sana...bukan jauh pun taman melati ke Damansara dan ke Meru Klang...dalam sehari dah boleh melawat 2 keluarga terus....

Kesimpulannya...aku harap agar mak teruskan berdoa....agar kakak aku berubah hati  untuk jadi seperti dulu...buang yang keruh dan ambil yang jernih. Sesungguhnya segala masalah di dunia ni ada penyelesaiannya....

Sekian.

Tiada ulasan: