Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Jumaat, 21 Oktober 2011

Sekadar menulis apa yang terlintas....untuk bacaan sahaja....bukan untuk dikomen....

Biasalah hujung-hujung tahun ni kan....bila mana PRIME telah bermula...ramailah yang tak puas hati dengan sistem penilaian yang di lakukan oleh bos / penyelia / ketua memasing.....

Tapi bagi Speaker...tak pernah nak kisah sebenarnya..berapa bos bagi...ambil jerlah...cuma Speaker selalu minta mereka untuk menerangkan kenapa Speaker boleh dapat banyak / sikit tu...dari situ kita boleh berusaha untuk mengubahkannya untuk tahun depan.....

Cuma... ada segelintir orang yang masih tidak mahu menerima kenyataan....tetap jer tak puas hati walaupun markah yang diberi memuaskan...dan setimpal dengan usaha yang mereka telah curahkan...mungkin pada kita...kita dah cuba yang paling baik...tapi pada bos kita...usaha kita tu tak setimpal pun dengan memberi ganjaran markah yang terlalu tinggi....

Sepanjang hampir 10 tahun Speaker bekerja ni...alhamdullillah...memang tak pernahlah dapat markah bawah dari 3.9...selalunya atas dan paling tinggi yang pernah Speaker cecah adalah 4.35 dari 5.00....Speaker bukan nak berlagak yer.....tapi setakat ini..itulah rekodnya....

Speaker memang akan tumpang gembira bila ada kengkawan yang dapat markah 4 setiap jer setiap tahun...sebab Speaker memang tahu mereka layak dan cara mereka bekerja juga memang teruk dari Speaker yang hanya jaga bos (2 orang)...tapi masih dapat markah yang pada orang lain memang tinggi....Dengar jugak kengkadang ada orang tak puas hati...tapi ...ada aku kesah...sebabnya orang yang mengata tu bukan tahu pun apa pencapaian kita di mata bos kita kan?? Yang mereka tahu kerja Speaker ni senang dan tak macam mereka susah...Tapi mereka tak pernah nak tahu yang banyak kerja-kerja yang bos bagi bukan ada dalam KRA Speaker pun...semuanya di beri secara berasingan dan luar kemampuan Speaker sebenarnya...tapi sebagai staff yang sukakan cabaran...walau sesusah mana pun akan menyiapkan juga tugasan tersebut mengikut standard yang di inginkan oleh ketua......

Jangan terkejut ok...bos sendiri cakap bahawa project yang diberi pada Speaker adalah tugasan seorang Senior Executive yang mana SE itu sendiri tidak mampu untuk melakukannya dan Speaker telah menjayakannya dengan cemerlang sekali (ini menurut bos)....memang bangga bila buat assessment hari tu dengan bos dan dipuji sedemikian rupa...

So...kengkawan sekalian....terima jerlah seadanya walau apa juga markah yang diberi....tak kiralah sikit ke banyak.....mungkin itu rezeki yang telah Allah tetapkan untuk kita...mungkin rezeki kita kurang di bahagian ini...tapi akan banyak di tempat lain....sesungguhnya rezeki dari Allah ada di mana-mana....cuma kengkadang kita sebagai manusia cepat terlupa.....

Sekian...

Tiada ulasan: