Baru-baru ni kat tempat kerja Speaker telah dibuka satu lagi Cafe yang beroperasi dari jam 7.00 pagi - 7.00 malam setiap hari..(termasuk hari Sabtu dan Ahad)...
Cafe ni terletak di bahagian Museum yang mana semua orang boleh melawat tempat ni dan boleh bawa anak-anak...tiada halangan di situ...
Tapi bukan itu yang Speaker nak cerita...Speaker nak cerita pasal makanan kat situ..walaupun tiada jual nasi segala..(kalau nak nasi atau makanan berat..bolehlah ke Cafe lagi satu)...tapi pilihan Sandwish yang ditawarkan cukup banyak dan pelbagai jenis pastri-pastri panas-panas yang dihidangkan di samping waffle yang sedap...
Baru-baru ni Speaker try makan Steak and Mushroom Pie..perrrrggghhh..sedap wa cakap lu...boleh kalah jenama yang popular..dan harga baru RM5.50 jer...kenyangnya sampai malam....Air pulak jangan cakaplah..banyak giler pilihannya..dari Cappochino, latte, mocha, jus buah sampailah ke Moktail...harga ice blend mocha hanya RM1.50 ajer ok..murah tak murah tu...memang lah tak leh saing dengan Starbuck atau Coffee Bean..tapi rasanya hampir sama...yang beza harga jer...
Lagi satu..bila kita take away sekadar pastri (walaupun seketul..masuk dalam box cantik tu...dan siap dapat paper bag..walaupun yang simple jer...tatap ada paper bag...)
Ni baru je naik dari beli chocolate roll, kastard pastri dan epal pastri...air lak honey mocha...sedap lah...so..rerakan yang nak cuba..silalah..tak rugi pun...sambil makan boleh melawat Museum sekali...
Sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan