Semalam telah planning nak bawa Rizqi tengok movie Cars atau Smurfs...sebab papanya tak jadi pergi niaga waktu pagi..so memang bestlah nak menghabiskan masa dengan anak kan??
Dah lepas sarapan dalam pukul 9 pagi...mandikan Rizqi dan layan chennel Disney dulu..tengok upin ipinlah..boboi boy lah dan mcm2 lagi....dalam pukul 10.45 pagi..Rizqi dah mengantuk dah..ialah semalam seawal 6.30 pagi dah bangun...selalunya pukul 8.00 pagi baru celik mata....ni mesti sebab malam sebelumnya dah tidur awal...tu yang dah terlebih tempoh tu....
Dah lepas topok-topok dalam 15 minit... tertidurlah Rizqi...waktu nilah nak settle kain ke, lap lantai ke....apa ker...semua boleh beres sebab Rizqi akan tidur dalam 2 jam...so memang moleklah keluar berjimba selepas Zohor...
Tup-tup....dalam pukul 12.45 tengahri....dapat SMS dari mak nak datang umah sedara kat Wangsa Maju..lepas tu nak terus ke umah Speaker lak...ialah dah dekat sesangat kan...teruslah nak singgah...tapi mak puasa dengan abah....lepas tu Speaker pun telefonlah sedara tu dan tanya ada kat umah tak nak gi beraya...boleh dia kata...kami kat kampung....la....mak ni datang tak telepon dulu...nasib tak bertolak lagi...
Cepat-cepat call mak...dan beritahu perkara sebenar...mak pun...takpelah..pergi umah kau jerlah...sebab mak nak berbuka dengan sate samuri kajang....eekkkk??/ semata-mata datang dari Klang nak makan sate kajang jer....terus jer Speaker bagi cadangan...mak tak perlu datang ke kl / kajang..nanti saya belikan kat Danau Kota jer...sebab ada cawangan kat sana dan akan dibawa pulang ke Klang sebab nak hantar Rizqi sekali...boleh tak mak??
Mak pun apa lagi...bolehlah...tak yah nak berpenat ke sana semata-mata nak makan sate....he..he...
|Terus beritahu En. Suami tentang pertukaran plan...huk..huk...lepas tup tap segala....makan kat White Coffee House dan tapau Trutti Frutti dan Sate Kajang di Danau Kota..dah pukul 4 petang...nak shopping lagi barangan Rizqi...last-last sampai Klang pukul 6.00 petang...
Lepas bagi Sate kat mak...terus adik lelaki bawa Rizqi keluar jenjalan dan senang sikit Speaker dan En. Suami nak balik ke umah (sebab En. Suami nak kerja kat Uptown Danau Kota)...kalau tak..berperang dengan Rizqi sebab dia nak ikut sama....
Sampai KL dalam pukul 7.15pm....sembahyang segala baru makan di Papa John Wangsa Maju...lepas tu tapau Starbuckss dan ketika nak keluar parking...ternampak Puan Normaya Mokhtar (rakan sekerja dan junior Politeknik Port Dickson) bersama Suami tersayang sedang nak masuk dalam Jusco Wangsa Maju...malas nak horn-horn...kang ada orang terperanjat pulak....so...berlalulah pulang dengan kekenyangan dan plan yang tunggang langgang.....
Cepatnya masa berlalu kan?? Hari Ahad macam tak cukup masa jer....
Sekian....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan