Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Rabu, 14 September 2011

Hari Raya : Rumah Terbuka Company...

Semalam adalah Hari Rumah Terbuka untuk Hari Raya Company tempat Speaker bekerja...so memang semalam macam tak berapa nak kerjalah kan....ramai kengkawan yang lepas jer makan...terus pulang ke rumah....ialah...tetambah yang bawa anak, suami dan keluarga...mestilah dah dijemput datang...mestilah di hantar pulang....kalau dah perjalanan hantar dan ambil pun mengambil masa berjam-jam...memanglah tak kerja namanya....he..he..

So semalam...Speaker dan En. Suami telah mempergikan diri ke khemah makanan dalam pukul 2.10 petang...dan dilihat manusia masih meramai...ialah..makanan banyak...sapa lagi nak habiskan kalau bukan staff sendiri..yea tak?

Tapi tahun ni bestlah sebab tempat duduk banyak dan takperlu nak tunggu orang bangun dari meja...boleh jer duduk memana...dan makanan adalah sedap semuanya....

Antara makanan yang telah di rasa semalam adalah....off course kambing bakar, ayam golek...perhhh sedap...mee rebus, laksa johor, nasi pilaf, ikan..(eekkk..tak tahu nama nya..)..ayam rendang, daging rendang, ketupat, lemang, char kuey tiaw, tortia, cendol, air kelapa sirap, putu piring, buah dragon dengan banyaknya...he..he..air tebu, 100 plus, dan teh tarik...hemm..ada lagi ke yang terlupa yea...

Tapi rasanya itu jerlah yang kami berdua makan....opppsss... ada lagi kek, tapai, popia dan pelbagai manisan...memang penuh sendatlah perut...nasib pakai baju besar...so orng tak nampaklah perut boroi...ha..ha....

Apa-apa pun...memang best tahun ni dan decoration pun menarik jugak...tahniah kepada semua yang terlibat...

Sekian...

Tiada ulasan: