Bukan apa..sebab semuanya duit orang..kalau duit sendiri mana mahu nak muntah-muntah kan...shopping lagi best...
Semalam..Speaker bersama 4 rakan-rakan telah melakukan process mengira duit dekat RM300,000.00 untuk pertukaran duit raya...bayangkan kira duit cash satu-satu sebanyak tu...lepas tu pulak pergi pulak department yang bertugas untuk memberi duit baru...kira lagi..mana tahu takut terkurang atau terlebih...
Dah kira tu bukan boleh dapat serta merta...kami kena tunggu dari pukul 12.30 tengahri...pukul 3.30 petang baru leh masuk..dok lah melangguk kat luar pintu sambil berborak....
Dah dapat tukar dalam pukul 4.30 ptg..simpan jer duit tu kat tempat selamat sebab tak sempat nak agihkan...
Pagi ni pulak...kena kira balik duit baru tu untuk di agihkan kepada mereka-mereka yang berkenaan pulak....bayangkan duit bebanyak tu bila di buka dari kotak..baunya...menusuk kalbu...wangi...dan paling tak best kena kira satu-satu duit baru tu...melekat-lekatlah dan payah nak kira...
Dan alhamdulillah...semua dah dapat tanpa ada sebarang masalah...dan sekarang ni pening dan nak muntah pulak bila tengok duit...aceh..aceh....
Sekian....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan