Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Selasa, 7 Jun 2011

Takpe..dia belum kena lagi...bolehlah cakap besar....

Seperti yang rakan-rakan sedia maklum..kan Speaker ni ada sakit arthiritis yang teruk kan..so semalam telah di serang lagi..kali ni kat bahagian jari pulak..habis semalam semuanya bengkak..dah macam jari gorilla dah ...

Tapi adalah sorang hamba allah ni yang sudah kasi warning sama Speaker....katanya Speaker ni tak alertlah pasal orang lain sebab MC jer...katanya Speaker sudah menyusahkan ramai orang..katanya orang lain pun banyak kerja jugak..takkan nak cover Speaker jer....kalau difikir semula...tahun ni..ni baru kali ke berapa jer Speaker MC...takdelah spt tahun-tahun lepas banyaknya...dan lagi...kalau Speaker datang kerja pun..bukan boleh buat kerja apa pun...ialah..lepas injection, terus mengantuk dan tidur..kalau datang kerja sekadar nak tidur pun no point kan?

Cuma yang Speaker kesalkan ialah..tiada sebarang pertanyaan khabar pun dari beliau...sama ada kita ni dah ok ke tidak... memang bengang jer dengan dia....takpe...dia tak kena lagi..kalau sekali dia kena...tahulah dia langit tu tinggi ke rendah....

Pagi ni pun bersusah payah Speaker bangun dari tidur dan bayangkan Speaker nak ke bilik mandi memakan masa 10 minit perjalanan...walhal jarak bilik tidur ke bilik mandi sekangkang monyet jer...

Kepada hamba allah berkenaan...janganlah bermegah sangat kalau selama ni awak tak pernah sakit...ingatlah..kalau tuhan nak turunkan bala tu kejap jer....biasanya doa orang teraniaya ni makbul...mungkin bukan sekarang...tengoklah nanti....pasti akan berlaku juga....

Sekian...sekadar meluahkan perasaan yang tersimpan dalam dada...kalau ada yang terasa tu....paham-paham sendiri...

Tiada ulasan: