Buat julung-julung kalinya Speaker telah kebasahan dek kerana hujan yang merembes lebat di pagi hari ini....Sebabnya Speaker pergi kerja hari ini menaiki motor..ini adalah kerana kereta kesayangan Speaker telah di masukkan ke dalam wad a.k.a bengkel...En. Suami telah mengetuk bahagian-bahagian yang kemek yang ada di kereta ku itu dan beliau akan mengecatnya dengan warna kegemaran Speaker....
Walaupun sudah memakai baju hujan...tetap air dapat masuk di celah-celah kehidupan bajuku dan menyebabkan keseluruhan seluar kerja ku basah dan paling teruk di bahagian celah kangkang seluar yang mana menampakkan diriku seperti terkencing di dalam seluar....
Nasiblah ada kipas kat sini...so dari datang tadi...Speaker doklah mengadap kipas sampai kering seluar...tapi seronok juga rupanya kena hujan ni di pagi hari...suka-suki jer meredah hujan lebat sambil memeluk En. Suami...oh..bahagianya....
Sekian....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan