Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Rabu, 22 September 2010

Cerita-ceriti di Hari Raya...

Salam Syawal kepada semua rakan-rakan....bercerita mengenai Hari Raya tahun ni ada suka dukanya...yang suka mestilah kita dapat bermaaf maafan sesama ahli keluarga dan rakan-rakan dan saudara mara....

Bermula dari sehari sebelum raya..Speaker sekeluarga berada di Meru, Klang sehingga tamat raya pertama...raya kedua pulak terus ke Sg. Besar ke kampung En. Zahirudin. Raya ketiga lak terus zazz ke Pasir Salak Perak rumah makcik kesayangan...setelah sehari di sana..terus zass ke Lumut dan zass ke Pulau Pangkor.... ke pulau pangkor ni pun sebab mak speaker dah teringin sangat nak gi..ialah menurut beliau dah 23 tahun tak jejakkan kaki ke sana...so turutkan...

Kami bertujuh setengah pergi naik feri ke pangkor...yang setengah tu dah tentunya anak speaker...dia kan kecik lagi..so kira setengahlah....he...he..

Bermalam di hotel Coral Bay dengan bayaran RM230 untuk apartment 3 bilik bersama sarapan pagi...so..kira murahlah kan...tambang feri lak RM10 untuk pergi dan balik...murah giler....

Tapi yang tak bestnya..makan malam payah nak dapt sebab semua peniaga masih dalam mood raya kot...semua kedai banyak tutup....

Selepas pulang dari Pangkor...Speaker telah pulang semula ke Sg. Besar untuk sambung raya sebelah pihak mentua.... memang duit belanja tak pakai langsung..ialah singgah umah orang itu ini..perut pun kenyang jer semedang....

Selepas 2 hari di Sg Besar..pulang semula ke Meru dan di datangi oleh pakcik dari Johor, Pahang dan dari seluruh Malaysia...he..he...

Yang pasti ada kejadian yang amat menyedihkan berlaku ketika raya tahun ini....TUNGGU.....

Sekian.....

Tiada ulasan: