Kurus macam saya

Unit Percaya

Sila klik..

Jumaat, 23 Julai 2010

Tersungkur di Wangsa Walk...

Pada hari Rabu lepas..seperti biasa hari berpoya-poya dengan si suami....tetapi ada kejadian yang tidak dapat di lupakan oleh Speaker sampai bila bila...kejadian itu berlaku begitu pantas dan sampai hari ni speaker masih tak pasti apa sebenarnya yang berlaku...

Speaker tersungkur di lantai kat penghadang tingkat atas selepas keluar dari pintu besar untuk menuju ke lift. Kejadian berlaku selepas menyaksikan wayang bertajuk Inception lakonan Leonardo De Caprio....Speaker jatuh bersungkur dan menyebabkan dada dan lutut terhentak kuat di bucu tajam tepi lantai (keadaan lantai agak ke dalam sedikit sebab tempat air mengalir di kala hujan)....

Kesannya..lutut dan dada lebam teruk dan lutut sedikit lari alignmentnya...makin teruklah lutut speaker kali ini...So bergegas ke doktor dan doktor telah mengatakan kemungkinan besar speaker mengalami keletihan otak atau strees dalaman kerana kepenatan bekerja....hem...memang macam tak logik jer kan...tapi macam betul gak..sebab speaker secara tiba-tiba jer jatuh tanpa ada sesiapa menolak atau terlanggar apa-apa...

Doktor kata akibat otak terlalu penat..so kita tak dapat berfikir dengan waras dan anggota tubuh tak dapat arahan dari otak...tu yang tetiba semua anggota berhenti berfungi seketika.....tambah lagi selepas menyaksikan cerita wayang Inception yang memang memerlukan otak berfikir ..lagilah tambah penatnya....

So..hari Isnin nanti kena g pakar kalau masih sakit di tempat sama....sekarang ni pun boleh keje sebab dah ambil ubat pain killer tahap gaban punya..kena tembak pun tak sakit punya....he...he....

Sekian....

Tiada ulasan: