Tak tahulah sama ada ini daulat atau kebetulan sahaja..tapi di sebabkan En. Zahirudin telah membuatkan Speaker marah pada hari Selasa hari tu..dia telah jatuh motor....ayat yang Speaker cakap macam ni..awak telah buat saya marah sangat hari ni...tengoklah..mesti sesuatu yang buruk akan berlaku kepada awak hari ni...tup..tup..balik kerja Speaker tengok kat atas meja dah ada sebungkus ubat dari klinik panel...siap dengan iodin, ubat tahan sakit, ubat kebas...ekkk??? kenapa lak ni...waktu tu En. Zahirudin tak de kat umah..dia dah gi niaga...bila esoknya tengok..la..dah bercalar balar kat lutu, siku, tangan, jari...katanya terjatuh motor....
Siap minta maaf bagai sebab melukakan hati Speaker...dia menyesal sesangat-sangat... hemmm...Pada mulanya nak marah gak...tapi hati isteri kan...tengok suami dah macam tu..kesian pulak...maafkanlah juga...dan sekarang speaker lak risau sebab En. Zahirudin kata kakinya kebas tak rasa apa...kalau lagi 2 hari masih kebas lagi..kena g pakar sebab nak tengok sama ada saraf besar dah putus atau something wrong berlaku kat tulang......
Luka di lutut yang beransur kering..tapi bengkaknya masih ada....
p/s : Sila abaikan bebulu kaki yang melebat itu...he..he...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan