Beberapa hari lepas menyaksikan cerita ini dgn En. Zahirudin di Sunway Pyramid...ceritanya kelakar jugak sebab kita tak menyangka orang sebesar The Rock akan memakai pakaian ketat beserta skirt TUTU...warna pink lak tu... he..he..lawaklah...
Jalan cerita mengisahkan seorang pemain hoki ais terkemuka yang di gelar Tooth Fairy kerana pernah mematahkan gigi pemain lain dan apabila dia tercedera, dia hanya menjadi pemain simpanan yang macam dah putus asa dalam kehidupan. Di samping itu, beliau bercinta dgn seorang Janda beranak 2.
Kisah bermula bila anak si Janda ni patah gigi dan mengatakan bahawa gigi dia akan di ambil oleh pari-pari gigi..tapi si The Rock ni tak percaya benda-benda karut tu ...satu malam bila dia tidur..dia telah disaman oleh persatuan pari-pari untuk menjadi pari-pari gigi selama 1 minggu dan kalau dia tak dapat melaksanakan tugas yang diberi..hukuman akan dipanjangkan...
Disini segala perkara kelakar keluar...dan watak yang paling kelakar adalah watak Tracy yang mana beliau adalah seorang lelaki yang menpunyai nama perempuan dan pari-pari yang tidak ada sayap...
Banyak pengajaranlah cerita ni...seronoklah...3.5 bintang dari 4 bintang.
Sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan